UPM Institutional Repository

Aspek leksikografi entri dialek Kelantan dalam kamus dewan edisi keempat


Citation

Ahmad, Nurul Ain (2015) Aspek leksikografi entri dialek Kelantan dalam kamus dewan edisi keempat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Dalam kepelbagaian dialek yang terdapat di Malaysia, kajian Dialek Melayu Kelantan banyak mendapat tempat di hati pengkaji dalam melakukan kajian. Walau bagaimanapun, kajian lepas yang mengkaji dialek Kelantan dalam bidang perkamusan belum mendapat sambutan. Namun begitu, sudah ada kamus dialek yang telah dihasilkan oleh Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh (1981) yang bertajuk “ Kamus Pertuturan Loghat Kelantan”. Dalam kajian ini, pengkaji menganalisis entri dialek Kelantan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Justeru, terdapat empat objektif dalam kajian ini. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti masalah ortografi,fonologi dan fonetik Dialek Kelantan dalam Kamus Dewan. Objektif kedua adalah untuk menjelaskan aspek morfologi dan sintaksis dialek Kelantan. Objektif ketiga adalah untuk menganalisis perbezaan makna entri yang sama antara Dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Baku. Objektif keempat adalah untuk menyusun kamus dialek Kelantan mengikut teori model Ibrahim Ahmad (2005). Dalam kajian ini pengkaji mengaplikasikan prinsip-prinsip leksikografi yang dinyatakan oleh Ibrahim Ahmad (2005) untuk menangani persoalan penyediaan kamus dan pentafsiran makna dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah lapangan dan kaedah kepustakaan. Pengkaji juga menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) sebagai bahan kajian dalam pengumpulan data dalam kajian ini. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa terdapat 1047 entri perkataan dialek Kelantan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kajian ini juga menunjukkan bahawa bidang leksikografi merangkumi semua bidang lain termasuk ortografi, fonologi, fonetik, morfologi, sintaksis dan semantik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 26RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language
Subject: Dialects - Lexicography
Call Number: FBMK 2015 26
Chairman Supervisor: Prof Emeritus Hashim Bin Musa, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 21 Sep 2017 05:21
Last Modified: 21 Sep 2017 05:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57451
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item