Citation
Lope Zainal Abidin, Nawal Hanim
(2015)
Pengistilahan produk kecantikan tempatan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Industri kecantikan di Malaysia kian berkembang dan seterusnya mengambil bahagian dalam pasaran global. Akhir-akhir ini industri kecantikan di negara ini
dicemari nama produk yang bercampur-baur dengan nama dalam bahasa Melayu dan bahasa asing. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mencerakinkan senarai nama produk kecantikan tempatan mengikut kategori bahasa yang
digunakan; menilai faktor yang mempengaruhi pengusaha produk kecantikan tempatan memilih nama produk dengan berpandukan Teori Frame Semantics (Charles J. Fillmore, 1979) dan mewujudkan panduan penamaan produk kecantikan tempatan. Kajian ini menggabungkan kaedah analisis kandungan dan kajian lapangan. Sampel kajian analisis kandungan terdiri daripada majalah Mingguan Wanita bulan Januari hingga Jun 2012. Instrumen kajian lapangan pula terdiri daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 60 sampel dalam kalangan pengusaha di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Kedah dan 200 sampel dalam kalangan pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor. Dapatan kajian dianalisis menggunakan Teori Frame Semantics
(Charles J. Fillmore, 1979). Teori ini memandu pengkaji dalam aspek makna linguistik dan penyeragaman makna mengikut ranah, pentafsiran ayat dan kesinambungan antara bahasa dengan pengalaman yang berlaku dalam dunia
penutur. Kajian mendapati sebanyak 55% penggunaan nama dalam bahasa Inggeris, diikuti 23% dalam bahasa Melayu, 11% dalam bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Inggeris, 8% dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bercampur dengan bahasa Perancis dan 3% bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bercampur dengan bahasa Arab. Kajian membuktikan
bahawa faktor kemahiran, sikap, persepsi, ekonomi bahasa dan pengaruh Internet menyumbang kepada pembentukan nama produk yang rancu. Pada akhir kajian, pengkaji telah menyediakan senarai panduan penamaan produk kecantikan wanita yang mencakupi aspek konotasi pada nama, kesantunan,keestetikaan, ketepatan, kepadatan, kejituan dan penggunaan nahu yang betul.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |