UPM Institutional Repository

Kefahaman Dan Sikap Guru Pertanian Terhadap Penggunaan Bioteknologi Dalam Pertanian


Citation

Masiron, Nor Azizah (2009) Kefahaman Dan Sikap Guru Pertanian Terhadap Penggunaan Bioteknologi Dalam Pertanian. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Bioteknologi telah menjadi perkara penting dalam bidang pertanian. Ia bukan sahaja mempengaruhi hasilan pertanian, tetapi juga dapat membantu membaiki hasilan tersebut. Justru, masyarakat perlu mempunyai kefahaman dan sikap mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Guru mempunyai peranan utama untuk mendidik masyarakat terutama generasi muda mengenai bioteknologi supaya mereka dapat membuat keputusan mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman dan sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan dalam penyelidikan ini dibina berdasarkan kajian literatur yang berkaitan. Populasi kajian adalah terdiri daripada guru pertanian yang mengajar mata pelajaran Sains Pertanian dan Pengajian Agroteknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Teknik di seluruh Malaysia. Sebanyak 220 guru pertanian telah digunakan sebagai sampel kajian. Data telah dikumpul menggunakan soal selidik yang telah diposkan kepada sampel kajian. Kadar pulangan soal selidik ialah sebanyak 79.55%. Kaedah maklum balas awal dan lewat telah digunakan untuk menganggarkan ciri-ciri maklum balas yang tidak diterima. Data telah dianalisis menggunakan SPSS. Statistik diskriptif dan infrensi yang telah digunakan untuk menganalisis data ialah frekuensi, peratus, min, sisihan piawai, ujian korelasi, ujian t dan ANOVA. Kajian mendapati terdapat perkaitan yang signifikan antara kefahaman guru pertanian mengenai aktiviti berkaitan bioteknologi dengan kehadiran kursus berkaitan bioteknologi. Terdapat juga hubungan negatif yang rendah dan signifikan antara kefahaman guru mengenai aktiviti berkaitan bioteknologi dengan persepsi pengetahuan mereka mengenai bioteknologi. Kajian juga mendapati, persepsi pengetahuan guru pertanian mengenai topik bioteknologi pada tahap sederhana. Guru pertanian juga mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian berdasarkan pembolehubah jantina. Terdapat juga perbezaan yang signifikan halangan perlaksanaan topik bioteknologi berdasarkan pembolehubah opsyen, bangsa dan kehadiran kursus berkaitan bioteknologi. Kajian juga mendapati kekurangan peralatan makmal adalah menjadi penghalang utama untuk guru pertanian melaksanakan pengajaran topik bioteknologi. Sumber maklumat yang menjadi pilihan guru pertanian untuk mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi adalah melalui kursus anjuran universiti, industri dan pusat penyelidikan. Kajian mencadangkan guru pertanian sepatutnya diberi kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Selain itu, kajian juga mencadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu membekalkan peralatan makmal yang mencukupi bagi membolehkan guru pertanian dapat melaksanakan pengajaran topik bioteknologi dengan lebih berkesan.


Download File

[img]
Preview
PDF
A_FPP_2008_37.pdf

Download (433kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Agriculture teachers - Biotechnology - Case studies
Call Number: FPP 2008 37
Chairman Supervisor: Professor Madya Ramlah Binti Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Apr 2010 09:39
Last Modified: 27 May 2013 07:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5744
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item