UPM Institutional Repository

Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media


Citation

Abu Bakar, Muhammad Mazlan (2015) Retorik pembangunan sosioekonomi masyarakat dalam laporan media. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Retorik dalam laporan media memainkan peranan yang penting dalam usaha memujuk dan mempengaruhi pengguna tentang perubahan sosioekonomi yang dilakukan oleh kerajaan. Penggunaan retorik yang berkesan mampu mengubah persepsi seseorang pengguna terhadap sesuatu isu yang dibicarakan dalam media. Kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti, menganalisis, dan kelebihan penggunaan retorik dalam media ke arah perubahan sosioekonomi masyarakat. Kajian ini menggunakan Teori Retorik Moden (1993) oleh Enos dan Brown sebagai asas kajian. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk meneliti teks laporan media secara tekstual dan kontekstual. Dapatan analisis mendapati bahawa retorik digunakan dalam teks laporan media dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk kata, frasa, klausa, ayat, atau wacana. Selain itu, dalam kajian ini pelapor media menggunakan lima jenis retorik, iaitu jenis pemujukan, penerangan, pendedahan, penghujahan, dan pemerian yang dikenal pasti dalam teks laporan media. Manakala analisis dari sudut kelebihan retorik memaparkan bahawa terdapat pelbagai gaya retorik yang digunakan oleh pelapor media dalam mempengaruhi dan meyakinkan masyarakat untuk menerima perubahan sosioekonomi yang dilakukan oleh kerajaan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 21RR.pdf

Download (903kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Rhetoric
Subject: Rhetoric - Social aspects
Subject: Rhetoric - Economic aspects
Call Number: FBMK 2015 21
Chairman Supervisor: Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 21 Sep 2017 02:45
Last Modified: 21 Sep 2017 02:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57439
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item