UPM Institutional Repository

Hati budi Melayu: kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang


Citation

Musa, Hashim and Sheik Said, Normahdiah and Che Rodi, Rozita and Ab Karim, Siti Sarah (2012) Hati budi Melayu: kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 163-182. ISSN 1675-8021

Abstract

Artikel ini menelusuri warisan sifat keperibadian sosial orang Melayu yang tersemai dalam hati budinya atau “psyche”, dan terjelma dalam tindak-tanduk, budi pekerti, budi bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya. Hashim Hj. Musa (2008) berdasarkan kajian tentang puisi Melayu tradisional yang menyentuh tentang simpulan bahasa, pepatah, dan pantun Melayu lama, telah menubuhkan dua puluh enam (26) teras hati budi Melayu. Orang-orang yang menghayatinya pula dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka itu dinamakan sebagai orang ‘budiman’ iaitu berbudi pekerti dan adab sopan yang mulia, berbudi bahasa dan budi bicara yang santun, bernas dan berwibawa, dan berhati budi yang tinggi dan bijaksana. Namun sifat ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman yang buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti yang pernah terjadi dalam sejarah yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka, dan dalam zaman kini muncul dalam pelbagai gejala sosial yang buruk. Demi meneliti keadaan hati budi orang Melayu, kajian ini dilakukan untuk mengukur sejauh mana keakuran atau penyimpangan teras hati budi Melayu dalam kalangan orang Melayu kini. Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa orang Melayu masih ada agamanya, nilai murninya, hakikat ilmunya tetapi masih agak lemah dari segi didikan yang menyebabkan kerosakan dalam tingkah laku dan budi pekerti. Oleh yang demikian daya usaha pemupukan kembali 26 teras hati budi itu pada masa kini sangat mendesak demi menjana dan membina umat Melayu masa depan yang gemilang.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Hati budi Melayu kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang.pdf

Download (50kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/27

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Malay psyche; Noble values; Malay traditional poems; Diseases of the heart; Self-diagnostic software
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:57
Last Modified: 07 Sep 2017 04:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57122
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item