Citation
Lau, Su Kia and Ang, Lay Hoon and Soon, Chiow Thai and Law, Seng Boon and Wong, Ngan Ling
(2012)
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina dalam menggalakkan interaksi pelajar berbilang kaum.
GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12 (3).
pp. 979-997.
ISSN 1675-8021
Abstract
Kebanyakan pelajar yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia adalah kaum Melayu, diikuti oleh kaum India dan bumiputera lain (Lau, Ng & Lee, 2011). Didapati bahawa pelajar-pelajar yang berlainan etnik jarang berinteraksi antara satu sama lain. Justeru, penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina sebagai bahasa kedua yang membolehkan interaksi antara pelajar-pelajar yang berlainan etnik di universiti awam tempatan. Soal selidik diedarkan kepada pelajar-pelajar bukan Cina yang mempelajari bahasa Cina di lima buah universiti awam Malaysia. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti cara-cara pembelajaran yang membolehkan mereka berinteraksi dengan pelajar-pelajar etnik lain dalam proses mempelajari bahasa Cina. Selain itu, 10 orang pensyarah dan guru bahasa Cina di Institusi Pengajian Tinggi Awam juga ditemu bual untuk mengenal pasti cara pengajaran dan penilaian yang digunakan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar-pelajar berlainan etnik. Maklum balas responden dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Didapati bahawa kaedah penilaian kursus seperti meminta pelajar bukan Cina merakamkan perbualan mereka dengan pelajar Cina serta kaedah ujian lisan yang melibatkan pelajar yang berlainan etnik kerap digunakan untuk mewujudkan interaksi. Selain itu, aktiviti main peranan, permainan bahasa, tugasan kumpulan, sistem pembimbing-dibimbing dan juga aktiviti-aktiviti di luar kelas juga membolehkan pelbagai etnik berinteraksi antara satu sama lain.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Cina dalam menggalakkan interaksi pelajar berbilang kaum.pdf
Download (36kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |