Citation
Abdul Halim, Hazlina and Ang, Lay Hoon
(2015)
Kesalahaan pemilihan dan pembentukan kata dalam terjemahan bahasa Perancis.
GEMA Online® Journal of Language Studies, 15 (2).
pp. 151-164.
ISSN 1675-8021; ESSN: 2550-2131
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis kesalahan pemilihan dan pembentukan kata dalam terjemahan pelajar yang mempelajari bahasa Perancis sebagai bahasa asing di peringkat lanjutan. Sampel kajian ini terdiri daripada 20 terjemahan karangan cerita dongeng sepanjang 250 – 400 perkataan. Analisis kajian ini dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif, dengan mengaplikasikan definisi kesilapan pembentukan kata oleh James (1998) dan kesilapan pemilihan oleh Dulay, Burt dan Krashen (1982). Hasil kajian ini mendapati sebanyak 184 kesilapan telah dilakukan oleh pelajar, yang melibatkan 28 kesilapan pembentukan kata terhadap kata kerja dan kata adjektif, dan 156 kesilapan pemilihan yang melibatkan pemilihan kata kerja, kata sendi nama, kosa kata dan frasa dan lain-lain. Kesilapan pada kata kerja adalah disebabkan generalisasi terlampau oleh pelajar dengan merujuk kepada pembinaan kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kesilapan ini juga adalah disebabkan kekurangan kosa kata kerja bahasa Perancis pelajar yang mengakibatkan mereka mencari kosa kata yang maknanya paling hampir dengan apa yang disasarkan untuk dinyatakan. Pelajar juga didapati melakukan kesilapan dengan membuat penghampiran pada kosa kata yang tidak diketahui. Kesilapan pada sendi nama pula adalah berpunca daripada kekeliruan pelajar mengenai sendi nama à dan de dalam bahasa Perancis, manakala kesilapan pada frasa adalah disebabkan pelajar membuat terjemahan harafiah daripada frasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil kajian ini memberikan implikasi pedagogi untuk menarik perhatian pengajar bahasa Perancis tentang proses pemerolehan oleh pelajar yang membawa kepada kesilapan pemilihan dan pembentukan kata. Kajian ini juga dapat memberikan gambaran bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Kesalahaan pemilihan dan pembentukan kata dalam terjemahan bahasa Perancis.pdf
Download (49kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |