Citation
Mohd Rusli, Nur Farahkhanna and Abdul Aziz, Adi Yasran and Raja Ariffin, Raja Masittah and Yusop, Mohd Sharifudin and Samasu, Saidatul Faiqah
(2015)
Derivasi rumus reduksi vokal dan pembentukan glotis dalam bahasa Kerinci.
GEMA Online® Journal of Language Studies, 15 (3).
pp. 83-97.
ISSN 1675-8021; ESSN: 2550-2131
Abstract
Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses derivasi yang melibatkan rumus reduksi vokal dan rumus pembentukan glotis dalam bahasa Kerinci. Dalam kajian ini, data yang diperoleh daripada ujaran penutur menunjukkan bahawa perkataan yang berakhir dengan bunyi /up/ dalam bahasa Kerinci akan direalisasikan sebagai [Ə?] seperti /tutup/ → [nũ.tƏ?] ‘tutup’, /hidup/ → [i.dƏ?] ‘hidup’ dan /saᵑgup/ → [saᵑ.gƏ?] ‘sanggup’ dan sebagainya. Berdasarkan data ini, perubahan bunyi yang berlaku menunjukkan bahawa vokal /u/ kehilangan fitur [+tinggi] dan akan direalisasikan sebagai vokal schwa [Ə] melalui pelaksanaan rumus reduksi vokal di lingkungan suku kata akhir tertutup. Segmen /p/ pula akan kehilangan fitur [+labial] dan direalisasikan sebagai hentian glotis [?] akibat pelaksanaan rumus pembentukan glotis di lingkungan yang sama dalam sesuatu perkataan. Dalam kajian ini, informan yang dipilih terdiri daripada masyarakat Kerinci berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas yang menuturkan bahasa Kerinci dialek Semerap di Kampung Batu 23, Sungai Lui, Hulu Langat Selangor. Data diperoleh melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual. Data kemudiannya dianalisis menggunakan teori fonologi generatif yang diperkenalkan oleh Chomsky dan Halle (1968) yang dikembangkan oleh Roca dan Johnson (1999), dan Roca (2003). Berdasarkan teori fonologi generatif, setiap perubahan bunyi yang berlaku dalam satu proses derivasi akan dijelaskan secara berperingkat dengan menggunakan formalisasi rumus, fitur-fitur distingtif dan atur rumus. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkataan yang berakhir dengan bunyi /up/ dalam bahasa Kerinci akan direalisasikan sebagai [Ə?]. Hal yang demikian kerana perubahan bunyi yang berlaku mematuhi atur rumus yang didahului oleh rumus reduksi vokal yang merealisasikan vokal /u/ kepada [Ə]. Rumus tersebut kemudiannya diikuti oleh rumus pembentukan glotis yang merealisasikan segmen letupan dua bibir tak bersuara /p/ kepada hentian glotis [?].
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Derivasi rumus reduksi vokal dan pembentukan glotis dalam bahasa Kerinci.pdf
Download (1MB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |