UPM Institutional Repository

Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi


Citation

Mohd Tohar, Siti Nor Azhani and Ab Halim, Adlina and Ku Samsu, Ku Hasnita (2017) Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. GEMA Online® Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 105-122. ISSN 1675-8021; ESSN: 2550-2131

Abstract

Peranan utama bahasa dalam masyarakat multietnik ialah sebagai alat perpaduan yang menyatukan masyarakat pelbagai bangsa dalam perkongsian pemikiran, pandangan semesta dan budaya berteraskan identiti kebangsaan negara. Namun, isu pemartabatan bahasa kebangsaan di Malaysia masih berterusan sehingga kini sama ada di peringkat pembuat dasar sehingga rakyat jelata. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan untuk mengenal pasti tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam senario masa kini melalui tiga aspek, iaitu i) kefasihan, ii) pengiktirafan, dan iii) kecanggihan berbahasa. Justeru, satu kajian telah dijalankan ke atas 407 mahasiswa Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Multimedia (MMU) dengan menggunakan kaedah Pensampelan Rawak Berstrata. Hasil penganalisisan mendapati bahawa tahap kefasihan dan pengiktirafan mahasiswa IPT adalah tinggi. Namun, tahap kecanggihan mereka berbahasa adalah sederhana. Malahan, tahap keseluruhan pemartabatan bahasa kebangsaan turut sederhana. Justeru, walaupun mahasiswa IPT fasih dan mengiktiraf bahasa kebangsaan namun tahap kefasihan dan pengiktirafan ini tidak terlalu tinggi. Malahan mereka juga belum sepenuhnya menguasai kemahiran bersajak, berpantun dan menggunakan peribahasa sebagai tanda aras mereka berbahasa dengan canggih. Implikasinya, setelah hampir enam dekad penggubalan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam Perlembagaan Persekutuan, bahasa ini masih belum mencapai tahap pemartabatan bahasa yang bukan hanya sekadar fasih dipertuturkan serta mengiktiraf bahasa ini sebagai bahasa kebangsaan, namun seharusnya mampu menambah nilai estetika keindahan berbahasa yang dapat memperlihatkan bahawa bahasa ini memiliki ketinggian martabatnya yang tersendiri. Justeru, senario pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa IPT ini tidak boleh dipandang enteng kerana generasi ini dapat menentukan corak kestabilan hubungan sosial dan kelangsungan pemartabatan bahasa kebangsaan dalam ketamadunan Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengukuran tahap pemartabatan bahasa kebangsaan dalam kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/15809

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: National language; Multiethnic; Malaysia's civilization; Young generation; Unity
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:58
Last Modified: 07 Sep 2017 04:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57102
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item