UPM Institutional Repository

Penguasaan ciri aliran tematik penulisan bahasa Sepanyol bukan natif


Citation

Mohd Sera'ai, Azlina and Aman, Idris and Shabudin, Maserah (2017) Penguasaan ciri aliran tematik penulisan bahasa Sepanyol bukan natif. GEMA Online® Journal of Language Studies, 17 (2). pp. 84-104. ISSN 1675-8021; ESSN: 2550-2131

Abstract

Aliran tematik adalah berkenaan cara idea dilanjutkan ayat demi ayat dalam teks. Dengan itu, aliran tematik merupakan unsur penting dalam penghasilan sesebuah penulisan. Kajian penulisan tertumpu kepada kajian linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian linguistik yang memfokuskan aliran tematik hanya mengkaji pembinaan aliran tematik yang terkandung dalam teks tanpa melibatkan pembolehubah kategori pelajar, manakala kajian penghasilan teks sebagai bahasa asing selain bahasa Inggeris amat terhad dan tidak membincangkan hubungan antara pencapaian bahasa dengan pemanfaatan jenis aliran tematik. Maka, makalah ini membahaskan penguasaan ciri aliran tematik penulisan naratif yang dihasilkan oleh pelajar tahap lanjutan bahasa Sepanyol bukan natif berdasarkan pembolehubah kategori pelajar dan mengenal pasti hubungannya dengan pencapaian bahasa. Kajian ini menganalisis 30 teks naratif yang melibatkan 106 buah perenggan. Pergerakan aliran tematik dalam setiap perenggan dianalisis berpandukan skema aliran tematik, Rema Regresi, Rema Ulangan, Tema Rencam, Box Development dan Pair to Single Development. Hasil kajian memaparkan, ketiga-tiga kategori pelajar mewacanakan penulisan secara dominan menerusi aliran Tema Rencam tanpa peka kepada genre penulisan. Pembolehubah kategori pelajar secara hakikatnya tidak memainkan peranan dan tidak mempengaruhi pembinaan aliran tematik mereka. Tiada hubungan yang signifikan antara aliran tematik dengan pencapaian bahasa diperolehi. Hasil penemuan ini membuktikan aliran tematik berupaya dijadikan sebagai satu teknik yang efektif kepada guru dan pelajar untuk membentuk dan membina sebuah penulisan yang berkesinambungan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penguasaan ciri aliran tematik penulisan bahasa Sepanyol bukan natif.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/15686

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Thematic progression; Writing; Spanish; Theme and rheme; Correlation
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:58
Last Modified: 07 Sep 2017 04:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57101
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item