UPM Institutional Repository

Perbezaan bentuk tulisan Arab dan Jawi bagi kata pinjaman dalam pembelajaran Bahasa Arab


Citation

Mohd Saman @ Shuhaimi, Mohd Zulkifli (2015) Perbezaan bentuk tulisan Arab dan Jawi bagi kata pinjaman dalam pembelajaran Bahasa Arab. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Terdapat perbezaan bentuk tulisan Arab dan Jawi bagi sebahagian kata pinjaman seperti perkataan „ahl’ ( أهل ), „lisÉn’ ( لسان ) dan „adab’ ( أدب ), apabila perkataanperkataan ini ditulis dengan menggunakan sistem tulisan Jawi ejaannya berubah menjadi ( ليسن) ,(اهلي ) dan ( ادب ). Perbezaan ini memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya bagi pelajar menengah rendah. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti (1) tahap penguasaan pelajar menulis perkataan Arab yang dimelayukan, (2) bentuk-bentuk kesalahan yang kerap dilakukan oleh mereka dan (3) implikasi pengaruh tulisan Jawi terhadap penulisan pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini berbentuk lapangan yang menggunakan ujian sebagai instrument kajian. Responden kajian melibatkan 100 orang pelajar menengah rendah yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan tiga. Sampel kajian dipilih secara rawak dari empat buah sekolah menengah dalam Daerah Jasin, Melaka. Pemilihan sekolah merangkumi dua kategori iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang menawarkan subjek bahasa Arab sebagai mata pelajaran pilihan. Hasil kajian membuktikan bahawa para Pelajar masih lagi lemah menulis perkataan Arab terutama pada kalimah yang telah diserap dalam bahasa Melayu. Mereka tidak menguasai dengan baik sistem tulisan Arab serta tidak dapat membezakannya dengan sistem tulisan Jawi. Sebahagian daripada mereka telah menulis perkataanperkataan tersebut sebagaimana ejaannya dalam tulisan Jawi. Hasil dapatan kajian merekodkan 43 orang pelajar (43%) mendapat gred E, manakala hanya 3 orang pelajar (3%) sahaja memperolehi tahap cemerlang iaitu gred A. Bentuk kesalahan terbesar yang dilakukan oleh mereka adalah disebabkan pengaruh tulisan Jawi iaitu melibatkan 1387 kesalahan (82.5%), manakala kesalahan-kesalahan lain hanya membentuk 17.5% atau 294 daripada keseluruhan kesalahan yang dilakukan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 18RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Writing
Call Number: FBMK 2015 18
Chairman Supervisor: Prof. Madya Ab. Halim Bin Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 16 Aug 2017 03:05
Last Modified: 16 Aug 2017 03:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56967
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item