Citation
Mhd Ramli, Mhd Faizal
(2015)
Gaya bahasa Jinas dalam kitab al-Hikam al-'Ata'iyyah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan gaya bahasa jinās yang terkandung di dalam kitab al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah karya Syeikh Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari. Kitab tersebut dilihat sebagai sebuah hasil penulisan dakwah yang mempunyai seni dan kreativiti menerusi penggunaan gaya bahasa jinās yang ketara di samping elemen ilmu balaghah yang lain. Penggunaan gaya bahasa jinās dalam hikmah tersebut telah memanifestasikan satu kekuatan yang mampu menyingkap makna yang tersirat dan telah menghasilkan satu pembentangan yang unik terhadap maknanya. Oleh sebab itu, pendekatan dakwah Sheikh Ibn ‘Aṭā’illah al-Sakandarῑ iaitu dengan memasukkan elemen gaya bahasa jinās adalah satu pendekatan yang perlu dikaji dan diteliti. Justeru, objektif yang disasarkan menerusi kajian ini adalah untuk mengklasifikasikan kategori jinās, menghuraikan kategori jinās dan menjelaskan nilai estetika jinās dalam kitab al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah. Dalam menelusuri kajian ini, kaedah yang digunakan adalah bersifat deskriptif kualitatif (manhaj dirāsah waṣfiyyah) dan dianalisis berpandukan kepada pendekatan Ali al-Jundi menerusi kitabnya Fann al-Jinās. Daripada sepuluh kategori jinās Ali al-Jundi, hanya sembilan kategori jinās yang akan dibincangkan. Pengkaji mendapati penggunaan jinās dalam kitab al-Ḥikam al- ‘Aṭā’iyyah melibatkan 125 hikmah daripada 264 hikmah keseluruhannya. Namun, terdapat juga penggunaan lebih daripada satu jinās dalam satu hikmah. Maka, keseluruhan jinās dalam kitab al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah diklasifikasikan kategorinya dalam bentuk jadual, seterusnya dihuraikan mengikut kategori, dan dijelaskan nilai estetika jinās dengan membawa sampel hikmah yang diperlukan untuk tujuan perbincangan. Hasil kajian membuktikan bahawa kitab al-Ḥikam al-‘Aṭā’iyyah banyak dipengaruhi oleh kesenian balaghah Arab yang amat tinggi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |