Citation
Subramonian, Ganesan
(2015)
Kohesi nahuan dan leksikal dalam novel 'Ilatchia Payanam'.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan konsep kohesi secara teori dan pengaplikasian dalam wacana penulisan Tamil dengan menjadikan sebuah novel teks sastera Tamil yang berjudul Ilatchiya Payanam oleh I.Ilavalazhu sebagai data kajian. Pembaca mengalami kesukaran untuk memahami maksud penulis tanpa kehadiran wacana kohesi dalam sesebuah teks novel. Oleh itu, penulis novel harus memastikan bahawa novel yang dikarang itu mempunyai teks yang kohesif untuk memudahkan pembaca memahami sesuatu fakta dalam teks itu dengan jelas. Dengan pengaplikasikan model kohesi yang yang dikemukakan oleh M.A.K Halliday (1976), kajian ini menghuraikan konsep wacana yang merupakan bahasa yang paling tinggi atau penggunaan bahasa dalam konteks situasi yang sebenar. Analisis kohesi dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu kohesi nahuan dan kohesi leksikal. Kohesi nahuan dibahagikan kepada beberapa jenis kohesi yang utama, iaitu rujukan, elipsis, substitusi, dan konjungsi. Seterusnya, kohesi leksikal dibahagikan kepada sinonim, antonim, superorninat, hiponim dan kolokasi. Penganalisisan dan tafsiran terhadap 34 bab dalam novel data yang dipilih dengan mengenal pasti, menganalisis kekerapan dan menghuraikan jenis kohesi nahuan/gramatikal dan leksikal. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah kepustakaan, analisis teks dan aplikasi teori. Kajian ini dibataskan kepada analisis novel Ilatchia Payanam. Kajian ini penting untuk menjadi landasan kepada para penulis novel tempatan, pengarang novel, guru kesusasteraan Tamil dan persatuan sastera Tamil dalam penghasilan ciri kewacanaan yang utuh dalam penulian novel cerpen, akhbar, tulisan ilmiah, dan sebagainya. Hasil kajian, penemuan pelbagai alat kohesi daripada jenis kohesi nahuan dan leksikal dalam menentukan ketekstualan dan ciri kewacanaan novel Ilatchia Payanam ini. Penggunaan kohesi nahuan dalam kajian ini adalah lebih tinggi daripada kohesi leksikal dan sekali gus membentuk keutuhan dan kesepaduan dalam teks novel ini.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |