UPM Institutional Repository

Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda dari sudut morfologi dalam bahasa Melayu


Citation

Nasrudin, Ezzah 'Afifah (2015) Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda dari sudut morfologi dalam bahasa Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda bahasa Melayu merujuk kepada pembinaan kata dasar melalui proses tertentu, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan sehingga berlaku transformasi dari sudut ejaan, makna, fungsi dan sebutan. Transformasi ini memberikan satu impak kepada seluruh pengguna bahasa Melayu, termasuk golongan pelajar. Antara impaknya termasuklah kekeliruan perubahan ejaan dan makna, serta fungsinya. Fenomena ini kerap berlaku dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, ketika berkomunikasi, dan aktiviti penghasilan karya. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kata turunan, majmuk, dan ganda dalam bahasa Melayu, iaitu dari sudut bentuk, makna dan fungsinya. Kajian ini menggunakan pendekatan fungsian (teori Halliday) dalam mengungkapkan bentuk, makna serta fungsi bahasa yang digunakan ketika menulis. Fungsi struktur bahasa yang terdapat dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” karya Kemala diinterpretasikan berdasarkan aspek semantik menerusi kaedah analisis kandungan,jenis penelitian deskriptif kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpulkan dengan kaedah catat dan dokumentasi. Kesemua puisi karya Kemala yang terkandung dalam antologi puisi “Menyirat Cinta Haqiqi” dianalisis supaya dapat diperoleh penggunaan kata turunan, majmuk, dan ganda yang meluas. Teknik analisis data yang digunakan ialah kaedah baca markah. Hasil daripada analisis pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda dari sudut morfologi dalam bahasa Melayu dalam antologi puisi tersebut, dapat dikenal pasti bentuk, makna, dan fungsi kata turunan, majmuk, dan ganda itu. Pembentukan kata turunan lebih memperlihatkan penggunaan proses pengimbuhan, di samping pemajmukan dan penggandaan sehingga membentuk banyak golongan kata kerja berbanding dengan golongan kata nama dan kata adjektif. Struktur dan makna dalam bahasa juga membicarakan secara jelas serta eklektik akan hakikat dan selok bahasa daripada dua dimensi utama, iaitu bentuk dan maknanya. Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda bukan sahaja tertumpu pada pembentukan makna kepelbagaian, tetapi turut diterapkan fungsi yang didukung oleh setiap perkataan yang berubah itu. Antara fungsi utama dalam pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan, iaitu membentuk perkataan baharu, mengubah golongan kata, mengubah makna kata dasar tanpa mengubah golongan kata dasar.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 9RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Morphology
Subject: Malay language - Word formation
Call Number: FBMK 2015 9
Chairman Supervisor: Prof. Madya Dr. Che Ibrahim Bin Salleh, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 15 Aug 2017 09:13
Last Modified: 15 Aug 2017 09:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56943
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item