Citation
Mohd Salleh, Nor Saadah and Musa, Hashim
(2016)
Kepelbagaian makna leksikal dalam iklan produk kecantikan.
Pertanika MAHAWANGSA, 3 (1).
pp. 25-36.
ISSN 2289-7259
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan mengklasifikasi kepelbagaian makna dalam semantic leksikal yang mencakupi tema kecantikan, iaitu berdasarkan judul kepelbagaian makna leksikal dalam iklan produk kecantikan. Justeru, kajian ini untuk membincangkan sejauh manakah ketepatan leksikal yang digunakan untuk mengiklankan sesuatu produk. Oleh itu, kajian ini dapat mengenal pasti makna leksikal dan kolokasinya dalam frasa terpilih iklan produk kecantikan tersebut. Hal ini dapat menjelaskan makna literal sebagai asas pemahaman makna kata yang berkolokasi. Selain itu, kajian ini juga untuk melihat sama ada makna yang terkandung dalam leksikal yang dipilih oleh para pengiklan hanya memberikan satu dakwaan yang berlebihan sehingga memperdayakan pengguna atau dapat menjelaskan produk yang diiklankan tersebut. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian ini iaitu mengenal pasti makna leksikal dan kolokasinya yang terkandung dalam frasa terpilih dalam iklan produk kecantikan seterusnya dapat menghuraikan ketaksaan atau ketepatan sesuatu leksikal yang diklankan demi kemanfaatan pengguna. Kajian ini berlandaskan Teori Makna Teks (Igor Melcuk, 1986) sebagai sandaran kajian tentang makna leksikal dan Teori Fungsi Tatabahasa Sistemik (Micheal Halliday, 1985). Frasa yang menjadi slogan iklan produk kecantikan kulit yang dikutip majalah mingguan wanita sebagai sumber data. Data dianalisis dengan penggunaan garis konkordans melalui laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil analisis data yang diperoleh daripada penyenaraian konkordans adalah untuk melihat kolokasinya. Dapatan yang diperoleh daripada kajian ini didapati sejumlah besar leksikal yang berkaitan dengan kecantikan dapat memberikan pengaruh kepada golongan wanita untuk memperoleh produk yang diiklankan berdasarkan leksikal yang digunakan oleh pengiklan. Makna leksikal tersebut dapat ditentukan dengan memahami keseluruhan konteks ayat. Setiap leksikal dan frasa dijelaskan maknanya yang dikelompokkan dalam kategori makna berasaskan domain yang mendasari makna leksikal tersebut. Penjanaan kata melalui konkordans dapat dijelaskan makna literal dan makna konteks serta makna bagi frasa yang berkolokasi. Hasil dapatan ini dapat mencapai objektifnya iaitu makna leksikal dan kolokasinya dapat diterangkan secara jelas melalui makna literal dan menjadi tunjang atau asas pemaknaan dari sudut konteks dan kolokasinya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |