UPM Institutional Repository

Hati Budi Melayu dalam skrip drama Megat Terawis


Citation

Hamat, Haliza and Sheikh Said, Normahdiah (2016) Hati Budi Melayu dalam skrip drama Megat Terawis. Pertanika MAHAWANGSA, 3 (1). pp. 11-24. ISSN 2289-7259

Abstract

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji skrip drama Megat Terawis dari sudut Hati Budi Melayu dengan menggunakan 26 komponen teras Hati Budi Melayu oleh Hashim Musa. Pengkaji menggunakan kaedah kajian analisis teks terhadap kesemua dialog watak-watak yang terdapat dalam skrip drama Megat Terawis. Walau bagaimanapun, melalui kajian ini hanya 6 daripada 26 komponen Hati Budi Melayu yang paling menonjol dalam dialog watak-watak dalam skrip ini dipilih. Manakala 20 komponen lagi tidak begitu menonjol mungkin kerana panjang manuskrip yang agak terhad serta pengarang hanya ingin memfokuskan kepada kisah Megat Terawis menyelamatkan Puteri Limau Purut sahaja. Manuskrip Megat Terawis merupakan sebuah manuskrip yang berbentuk skrip drama pentas yang ditulis oleh Teh Fatimah pada tahun 1950. Manuskrip ini mengisahkan tentang Megat Terawis yang berasal dari Pagar Ruyung telah berjaya membantu Sultan Perak membawa pulang anaknya iaitu Puteri Limau Purut yang telah dilarikan ke Acheh.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Hati Budi Melayu dalam skrip drama Megat Terawis.pdf

Download (34kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Malay character traits; Megat Terawis; Malay manuscript
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Jul 2017 04:44
Last Modified: 31 Jul 2017 04:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56282
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item