Citation
Kwok, Chin Hoe and Abd. Wahab, Haris and Abu Samah, Asnarulkhadi and Hashim, Ahmad Hariza and Redzuan, Ma'rof and Wan Jaafar, Wan Munira and Ani, Fauziah
(2016)
Desentralisasi kuasa dan penglibatan komuniti Iban dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1 (1).
pp. 1-9.
ISSN 2504-8562
Abstract
Artikel ini meneliti desentralisasi kuasa dan hubungnya dengan penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Bagi tujuan pengumpulan data kajian, kaedah temu bualberstruktur menggunakan borang soal selidik telah dijalankan ke atas 260 Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang di Daerah Song, Sarawak. Penemuan kajian menunjukkan desentralisasi kuasa dalam program di bawah SPKR berada pada tahap sederhana. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua pula menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan (p ≤ 0.05) antara tahap desentralisasi kuasa dengan penglibatan masyarakat Iban dalam pelaksanaan dan penilaian program di bawah SPKR. Ini menggambarkan semakin tinggi tahap desentralisasi kuasa yang diterima oleh masyarakat, maka semakin tinggi tahap penglibatan mereka dalam aktiviti pelaksanaan dan penilaian program di bawah skim tersebut. Sebaliknya, perhubungan tersebut adalah tidak signifikan (p ≥ 0.05) dari segi tahap penglibatan dalam membuat keputusan dan berkongsi manfaat daripada program di bawah SPKR.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |