UPM Institutional Repository

Desentralisasi kuasa dan penglibatan komuniti Iban dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak


Citation

Kwok, Chin Hoe and Abd. Wahab, Haris and Abu Samah, Asnarulkhadi and Hashim, Ahmad Hariza and Redzuan, Ma'rof and Wan Jaafar, Wan Munira and Ani, Fauziah (2016) Desentralisasi kuasa dan penglibatan komuniti Iban dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 1 (1). pp. 1-9. ISSN 2504-8562

Abstract

Artikel ini meneliti desentralisasi kuasa dan hubungnya dengan penglibatan komuniti Iban dalam Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Bagi tujuan pengumpulan data kajian, kaedah temu bualberstruktur menggunakan borang soal selidik telah dijalankan ke atas 260 Ketua Isi Rumah (KIR) rumah panjang di Daerah Song, Sarawak. Penemuan kajian menunjukkan desentralisasi kuasa dalam program di bawah SPKR berada pada tahap sederhana. Analisis Ujian Khi Kuasa Dua pula menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan (p ≤ 0.05) antara tahap desentralisasi kuasa dengan penglibatan masyarakat Iban dalam pelaksanaan dan penilaian program di bawah SPKR. Ini menggambarkan semakin tinggi tahap desentralisasi kuasa yang diterima oleh masyarakat, maka semakin tinggi tahap penglibatan mereka dalam aktiviti pelaksanaan dan penilaian program di bawah skim tersebut. Sebaliknya, perhubungan tersebut adalah tidak signifikan (p ≥ 0.05) dari segi tahap penglibatan dalam membuat keputusan dan berkongsi manfaat daripada program di bawah SPKR.


Download File

[img]
Preview
PDF
Desentralisasi kuasa dan penglibatan komuniti.pdf

Download (102kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Keywords: Decentralized power; Community involvement; Iban community; Eradication of poverty
Depositing User: Mohd Hafiz Che Mahasan
Date Deposited: 14 Sep 2017 10:02
Last Modified: 26 Sep 2018 01:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/55444
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item