Citation
Dani, Noor Aina and Sha'ri, Sharil Nizam
(2008)
Nilai murni untuk amalan rakyat Malaysia berdasarkan kumpulan pantun kurik kundi merah saga.
In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, 11-12 Nov. 2008, Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 464-477).
Abstract
Puisi klasik adalah pancaran masyarakat lama yang menggambarkan sikap dan minda masyarakat pada masa tersebut. Sering kali puisi-puisi ini digarap dalam pelbagai bentuk seperti pantun, syair, seloka, gurindam dan mantera. Kebanyakan puisi klasik ini sarat dengan nilai kekeluargaan dan kepercayaan leluhur kita. lnllah antara sebab untuk kita mengkaji dan menilai sendiri jati diri bangsa kita yang kaya dengan adat resam ketimuran. Puisi Melayu klasik yang paling tua dan popular ialah pantun. Pantun dikatakan popular kerana mempunyai bentuk struktural yang ringkas dan bersahaja. Pantun Melayu sedia tumbuh dalam masyarakat Melayu lama sebelum orang-orang Melayu tahu rnenulls dan sudah pasti ditutur atau disebarkan secara lisan. Pantun kekal di bibir ahli-ahli masyarakat kerana bentuk sasteranya mempunyai sifat disukai zamannya dan sanggup pula ditutur dan dinyanyikan pada keadaan yang tertentu. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.
Download File
|
Text
NILAI MURNI UNTUK AMALAN RAKYAT MALAYSIA BERDASARKAN KUMPULAN PANTUN.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (652kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |