Citation
Abd Rahman, Samsina
(2008)
Pemerkasaan masyarakat kini melalui bahasa puisi.
In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, 11-12 Nov. 2008, Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 353-361).
Abstract
Pemerkasaan kuasa dan tamadun sekular Barat yang berlaku melalui proses atau gejala globalisasi kini memberikan kesan negatif kepada bahasa dan bangsa Melayu. Bahasa dan bangsa Melayu mengalami kegoncangan dan kegoyahan dari segi status kedudukan dan kewibawaannya. Kedudukan dan kedaulatan bahasa Melayu kian tergugat dan kebudayaan bangsa Melayu semakin tercemar hasil percikan dan pewarnaan kebudayaan Barat dengan kedatangan arus globalisasi dan medan ICT(teknologi maklumat). Justeru bahasa dan bangsa Melayu perlu dilestari dan diperkasakan demi mempertahankan jati diri dan citra bangsa yang diasaskan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Di samping berusaha untuk mengekalkan dan mengkhazanahkan makna peribahasa Melayu iaitu "Bahasa menunjukkan bangsa" dan "Bahasa Jiwa Bangsa". Kejayaan mempertahan jati diri bangsa Melayu melalui pelestarian bahasa Melayu akan turut memperkasa masyarakat dan budaya Melayu.
Download File
|
Text
PEMERKASAAN MASYARAKAT KINI MELALUI BAHASA PUISI.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (503kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |