Citation
Abd Rahim, Normaliza and Zainon Hamzah, Zaitul Azma
(2008)
Penerapan nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak autisme.
In: Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-4, 11-12 Nov. 2008, Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, Universiti Putra Malaysia. (pp. 281-286).
Abstract
Istilah autisme amat jarang diwar-warkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengalami syndrome autisme ini ada yang tidak mahu anak mereka bergaul dengan orang lain. Ini adalah kerana mereka akan berasa malu akan sikap anak mereka yang tidak suka bergaul dan tidak ada nilai sosial di dalam diri mereka. Ibu bapa ini juga malu apabila anak-anak mereka menjadi pendiam dan seolah-olah berada di dalam dunia mereka sendiri (Normaliza Abd Rahim et.al., 2008). Mereka kadangkala kelihatan tersenyum sendirian, pendengaran yang tidak jelas, sebutan perkataan yang tidak jelas, corak perlakuan yang berulang, tidak mengendahkan rasa sakit dan juga sentiasa mengelak daripada bertentang mata (Williams, D.,1996). lbu bapa yang sedar akan syndrome ini dan masih mengharapkan satu perkara yang ajaib yang dapat membaik pulihkan anak mereka akan cuba sedaya mungkin untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya bagi bekalan untuk mereka berhadapan dengan dUnia luar. Ibu bapa yang mempunyai kesedaran ini amatlah dibanggakan kerana mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah yang khas dan pada masa yang sama pembelajaran akan berlaku. Kanak-kanak ini sebenarnya boleh menerima pembelajaran jika diberi peluang (Normalizan Abd Rahim et.al., 2008).
Download File
|
Text
Penerapan Nilai Sosial Dalam Kalangan Kanak-Kanak Autisme.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (449kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |