UPM Institutional Repository

Mengurus dan memahami hubungan etnik di universiti awam Malaysia


Citation

Mohd Noor, Mansor and Abdullah, Azlina and Ismail, Mohd Mahadee (2016) Mengurus dan memahami hubungan etnik di universiti awam Malaysia. Research Journal of Social Sciences, 9 (3). pp. 59-65. ISSN 1815-9125; ESSN: 2309-9631

Abstract

Masyarakat Malaysia bersifat multietnik yang dicirikan dengan pelbagai kaum, agama, bahasa, budaya dan tradisi. Kepelbagaian yang wujud di negara ini seandainya tidak diuruskan dengan baik, mudah untuk cetuskan ketegangan dan konflik sosial yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Dari itu, kefahaman yang mendalam amat diperlukan dalam memahami hubungan etnik yang wujud di negara ini. Kegagalan memahami aras penganalisaan konsep etnisiti akan menyebabkan setiap masalah hidup dietnikkan dan setiap masalah etnik gagal dipisahkan dari punca sebab sebenarnya, yang mungkin terletak bukan di dimensi etnisiti, tetapi di dimensi perbedaan sosial yang lain. Tujuan artikel ini adalah untuk mengupas konsep hubungan etnik dan menganalisa tahap hubungan etnik dalam kalangan mahasiswa universiti awam di negara ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa telah wujud kesedaran etnik dan tahap keetnikan didapati terbina di kalangan mahasiswa yang dikaji, tetapi mereka didapati pro-stabiliti, menolak eksrimisme dan kegagasan dan pro-kemajuan. Batas etnik mereka didapati nipis. Toleransi etnik juga positif kerana mereka sudah boleh memperakui, menghormati, menerima, berkongsi sama dan berbangga dengan perbezaan etnik ini. Oleh itu kajian ini mendapati banyak persamaan yang telah dikongsi sama oleh rakyat Malaysia umumnya dan perbezaan tidak memisahkan rakyat kerana perbezaan bahasa, budaya, agama dan tradisi itu sudah diperakui, diterima dan dihormati bersama. Adalah penting bagi seluruh rakyat memahami perbezaan dan perkongsian aspek-aspek keetnikan yang wujud dalam masyarakat di negara ini.


Download File

[img]
Preview
Text
Mengurus dan memahami hubungan etnik di universiti awam Malaysia.pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: American - Eurasian Network for Scientific Information, A E N S I Publications
Keywords: Ethnic relations; Ethnicity; Daily interpretation and authority; Public university
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 24 Apr 2018 03:51
Last Modified: 24 Apr 2018 03:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54781
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item