UPM Institutional Repository

Kepimpinan politik: pola sokongan pengundi Selangor menjelang PRU14


Citation

Ismail, Mohd Mahadee and Mohd Noor, Mansor and Mohd Ali, Muhammad Asri and Mohd Yusof, Ahmad Rizal and Abdul Azzis, Muhammad Shamsinor and Tajari, Arvin and Abdullah, Azlina (2016) Kepimpinan politik: pola sokongan pengundi Selangor menjelang PRU14. Research Journal of Social Sciences, 9 (3). pp. 8-19. ISSN 1815-9125; ESSN: 2309-9631

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang pola sokongan pengundi Selangor terhadap tokoh kepimpinan peringkat negeri dan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mempertahankan kekuasaan mereka di Selangor. Ini menunjukkan pola sokongan pengundi lebih terarah kepada tokoh kepimpinan di pihak PR. Namun begitu, berlaku krisis kepimpinan di peringkat pentadbiran negeri Selangor dan seterusnya membawa kepada perpecahan dalam PR. Krisis kepimpinan turut berlaku di peringkat nasional apabila Dr Mahathir Mohamad menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan. Keadaan makin kritikal apabila Timbalan Perdana Menteri digugurkan dari jawatannya. Krisis kepimpinan yang melanda di peringkat negeri dan nasional ini pasti membawa satu persepsi baru dalam kalangan pengundi. Kajian ke atas 393 pengundi Selangor menunjukkan pola sokongan semasa masih memihak kepada PR/pakatan harapan (PH). Dalam pada itu, kumpulan pengundi yang masih belum membuat keputusan untuk memilih siapa pada PRU14 adalah besar. Pengundi Selangor melihat pentadbiran negeri lebih efektif berbanding dengan pentadbiran peringkat nasional. Ini menjukkan kepimpinan politik peringkat negeri lebih diterima pengundi.


Download File

[img] Text
Kepimpinan politik, pola sokongan pengundi selangor menjelang PRU14.pdf

Download (81kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: AENSI Publications
Keywords: Political leadership; Selangor voters; Election
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 12 Apr 2022 01:24
Last Modified: 12 Apr 2022 01:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54661
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item