Citation
Tan, Rohana and Zainal Abiddin, Norhasni
(2016)
Tinjauan permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi.
Mimbar Pendidikan: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, 1 (2).
pp. 161-178.
ISSN 2527-3868; ESSN: 2503-457X
Abstract
Belia adalah aset bernilai kepada negara dan menjadi harapan nusa bangsa untuk merealisasikan hasrat menjadi negara maju. Namun, dengan arus globalisasi yang melanda dunia, apa yang berlaku pada hari ini ialah penglibatan belia, termasuklah belia di institusi pengajian tinggi, dalam permasalahan akhlak yang menyimpang daripada nilai-nilai ke-Timur-an dan prinsip Islam, walaupun hakikatnya mereka telah melalui proses pendidikan agama secara formal di sekolah. Ini menimbulkan persoalan: Apakah permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi? Penglibatan mereka dalam tingkah-laku yang berisiko seolah-olah memberi petunjuk bahawa pendidikan di sekolah sahaja belum mencukupi untuk membentuk akhlak belia, dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dalam kehidupan mereka pada hari ini. Justeru itu, artikel ini mengupas tentang konsep belia dan akhlak Islam, permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi, dan cara mengatasinya. Dalam konteks negara Malaysia, pembentukan akhlak belia untuk menjadi insan kamil yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek dan spiritual adalah proses pendidikan sepanjang hayat dan perlu diberi penekanan selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara-bangsa.
Download File
|
Text
Tinjauan permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi.pdf
Download (5kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |