UPM Institutional Repository

Hubungan antara gaya keibubapaan dengan penggunaan internet kanak-kanak


Citation

Wan Abas, Wan Anita (2016) Hubungan antara gaya keibubapaan dengan penggunaan internet kanak-kanak. Global Media Journal – Malaysian Edition, 6 (1). pp. 15-30. ISSN 2231-9948

Abstract

Peranan ibu bapa dalam penyediaan teknologi dan pemantauan penggunaan teknologi di peringkat keluarga adalah sangat penting kerana proses pendidikan dalam diri individu bermula daripada sejak dini. Tingkah laku pemantauan ibu bapa terhadap penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak adalah berasaskan gaya keibubapaan yang diimplimentasi dalam proses perkembangan anak-anak. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara pola penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah dengan gaya keibubapaan. Gaya keibubapaan kajian ini merujuk kepada gaya autoritarian, autoritatif, permisif, dan pengabaian (Baumrind, 1991; Maccoby & Martin, 1983). Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik melibatkan 350 murid berumur 10 dan 11 tahun dan penjaga mereka di beberapa buah sekolah kebangsaan di sekitar Putrajaya. Secara umumnya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa gaya keibubapaan autoritatif adalah cara yang paling biasa digunakan oleh ibu bapa, diikuti dengan gaya permisif dan autoritarian. Sementara gaya pengabaian adalah cara yang paling sedikit digunakan oleh ibu bapa. Keputusan ini menggambarkan bahawa ibu bapa yang inginkan proses pembelajaran dalam kalangan anak-anak, mengiktiraf akan potensi kesan positif internet ke atas anak-anak. Mereka menyokong penggunaan internet oleh anak-anak dengan peraturan atau had yang munasabah. Di samping itu, aktiviti penggunaan internet oleh anak-anak pula didapati lebih cenderung kepada penggunaan untuk tujuan hiburan dengan purata masa penggunaan selama 3 jam sehari. Sebagai kesimpulannya, pemantauan terhadap penggunaan internet oleh anak-anak sejak awal memerlukan kesungguhan dan kesabaran di pihak ibu bapa dalam perkembangan teknologi semasa, agar ia dapat dimanfaatkan seoptimum mungkin


Download File

[img]
Preview
Text
Hubungan antara gaya keibubapaan dengan penggunaan internet kanak-kanak.pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Parenting style; Parenting; Children; Internet
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Faculty of Modern Languages and Communication, University of Putra
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Mar 2018 03:50
Last Modified: 19 Mar 2018 03:50
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54456
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item