UPM Institutional Repository

Cabaran guru bahasa Melayu dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan argumentatif


Citation

Mohamed Mokhtar, Marzni and Yaakub, Rohizani and Amzah, Fadzilah (2018) Cabaran guru bahasa Melayu dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) penulisan karangan argumentatif. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 2 (2). pp. 7-14. ISSN 2600-7622

Abstract

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi yang saban hari mengalami revolusi turut mempengaruhi perkembangan dunia pendidikan kini. Guru sebagai individu yang bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid di dalam bilik darjah perlu melakukan anjakan paradigma berkaitan pedagogi yang dilaksanakan. Guru seharusnya bijak mengimbangi antara kandungan pengetahuan atau ilmu yang ingin disampaikan dan kemudiannya digabungjalin bersama kemahiran-kemahiran lain khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menggunakan teknologi mudah alih. Adalah menjadi satu keperluan bagi guru membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dilaksanakan di bilik darjah. Dalam kertas kajian ini, penyelidik akan memberikan perhatian pada cabaran yang perlu digalas oleh guru dalam merencanakan usaha menerapkan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Seramai dua orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah telah dipilih sebagai peserta kajian dan dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Proses pengumpulan data dilakukan dengan cara temu bual secara mendalam bersama-sama kedua-dua peserta kajian. Manakala data-data dianalisis menerusi proses penyaringan kod, penentuan kriteria dan pembinaan tema. Tema yang ditemui sebagai dapatan kajian bagi cabaran penerapan KBAT dalam PdPc penulisan karangan argumentatif terdiri daripada (i) cabaran kepada pengguna ilmu (murid); (ii) cabaran kepada pengamal pendidikan (guru) dan (iii) cabaran kepada khalayak (masyarakat).


Download File

[img] Text
Cabaran guru bahasa Melayu dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi .pdf

Download (6kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: International Islamic University College Selangor Press
Keywords: Challenge; Malay language education; KBAT; Qualitative case study; Argumentative essay
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 14 Feb 2020 01:07
Last Modified: 14 Feb 2020 01:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54408
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item