UPM Institutional Repository

Penggunaan teknik kolaboratif dalam pengajaran modul khatam Al-Quran j-QAF


Citation

Said, Siti Faizah and Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah and Talib, Othman (2018) Penggunaan teknik kolaboratif dalam pengajaran modul khatam Al-Quran j-QAF. Jurnal AL-ANWAR, 5 (1). pp. 49-64. ISSN 1907-8811

Abstract

Program j-QAF merupakan inovasi yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantap dan memperkukuhkan ilmu dan kemahiran murid sekolah dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Program ini telah mula dilaksanakan pada 2005 dan telah pun lengkap satu pusingan. J-QAF meliputi pengajaran dan pembelajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ‘ain khususnya solat. Modul Khatam al-Quran yang merupakan salah satu modul yang terdapat dalam program j-QAF adalah inti pati yang amat penting dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah menerusi bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Memandangkan ‘semua murid diharapkan dapat khatam al-Quran pada tahun enam’ merupakan objektif yang telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, maka teknik kolaborasi dilihat sebagai satu teknik yang amat memainkan peranan bagi menjayakan semua murid mampu membaca al-Quran sehingga khatam. Oleh itu, artikel ini bertujuan membincangkan pelaksanaan strategi pengajaran Asuhan Tilawah al-Quran secara kolaboratif yang sewajarnya dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan guru jQAF. Selain itu dibincangkan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pengajaran ini, kelebihan dan cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran seterusnya melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membaca al- Quran dengan baik dan fasih.


Download File

[img] Text
Penggunaan teknik kolaboratif dalam pengajaran modul khatam al-Quran j-QAF.pdf

Download (70kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur (PBMITT)
Keywords: j-QAF programme; Teaching and learning of tilawah al-Quran; Collaborative technique
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 10 Feb 2020 07:28
Last Modified: 10 Feb 2020 07:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54358
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item