UPM Institutional Repository

Persepsi guru terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah


Citation

Mat Nor @ Ahmad Nor, Mohamad Nurul Azmi and Kamarudin, Nurzatulshima and Abdul Manaf, Umi Kalthom and Mohd Puad, Mohd Hazwan (2018) Persepsi guru terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) sekolah rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 4 (2). pp. 1-8. ISSN 2462-2079

Abstract

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) merupakan mata pelajaran baharu yang diperkenal dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berfikir murid untuk menyediakan modal insan yang dapat bersaing pada peringkat global. Kurikulum RBT yang direka bentuk mampu menjadikan murid untuk menghasilkan produk yang kreatif dan berasaskan teknologi sekali gus menjadikan mata pelajaran ini wadah dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembentukan budaya KBAT bagi mata pelajaran RBT ini disandarkan sepenuhnya kepada pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi guru serta kaedah pengaplikasian KBAT yang efektif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Justeru, kajian rintis ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru dalam mengaplikasikan KBAT kepada murid melalui mata pelajaran RBT. Seramai 36 orang guru di Daerah Kinta Utara, Perak yang mengajar mata pelajaran RBT terlibat dalam kajian ini. Hasil daripada kajian menunjukkan tahap pengetahuan isi kandungan guru RBT berada pada tahap sederhana (M = 2.558, SP = 0.379). Kemahiran pedagogi guru RBT pula berada pada tahap sederhana mahir (M = 2.625, SP =0.450), manakala penguasaan elemen kemahiran berfikir beraras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran RBT berada pada tahap sederhana (M = 2.754, SP = 0.444). Secara keseluruhannya kajian ini memberikan input bahawa para guru perlu memantapkan pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi dalam kurikulum RBT bagi menerapkan KBAT semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Malahan, dapatan juga boleh dijadikan landasan bagi mencari model pengajaran dan pembelajaran yang terbaik bagi mengamalkan budaya KBAT dalam kalangan murid dalam bilik darjah.


Download File

[img] Text
Persepsi guru terhadap pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi .pdf

Download (84kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Curriculum design; Content knowledge; Pedagogical skills; Thinking skills; Design and Technology (RBT)
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 15 Jan 2020 01:18
Last Modified: 15 Jan 2020 01:18
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54293
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item