Citation
Marham, Marsilah Anum and Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Ahmad Tarmizi, Rohani
(2016)
Keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik menerusi pendekatan ‘Q-methodology’.
Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 6 (1).
pp. 41-57.
ISSN 2232-0393
Abstract
Keterlibatan dilihat sebagai konstruk penting yang berkait rapat dengan pencapaian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik sama ada keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif atau keterlibatan afektif serta mengenalpasti jenis keterlibatan yang mempengaruhi individu terbabit dalam mempelajari Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ yang diperkenalkan oleh William Stephenson (1902-1989) pada tahun 1935. ‘Q-methodology’ merupakan satu teknik penyelidikan yang membolehkan penyelidik mengenalpasti, memahami dan mengkategorikan persepsi individu serta mengumpulkan individu yang mempunyai persamaan persepsi terhadap sesuatu perkara. Dalam kajian ini, persepsi pelajar berkaitan keterlibatan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk mengenalpasti faktor berkaitan keterlibatan yang mempengaruhi pencapaian murid dalam Matematik. Seramai 29 orang murid Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau berpencapaian rendah dalam Matematik terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kumpulan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik berdasarkan keterlibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Empat kumpulan ini juga dikenali sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik iaitu kebimbangan terhadap Matematik, pembelajaran Matematik perlu fokus yang tinggi, pembelajaran Matematik perlu bermakna dan Matematik sukar untuk dipelajari.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |