Citation
Abdullah, Azlina and Ismail, Mohd Mahadee and Mohd Noor, Mansor
(2016)
Eklektisme dalam memahami kepelbagaian dan etnisiti di tempat kerja.
Research Journal of Social Sciences, 9 (3).
pp. 45-51.
ISSN 1815-9125; ESSN: 2309-9631
Abstract
Kajian yang mengkaji organisasi dan etnik di tempat kerja dengan tujuan meneroka pengalaman warga kerja dan memahami pelbagai persoalan di tempat kerja khususnya yang berkaitan dengan kepelbagaian, etnisiti dan budaya organisasi, aplikasi beberapa teori adalah sesuai kerana ia tidak terikat kepada satu paradigma sahaja. Gabungan beberapa teori berguna bagi mencapai tujuan saling melengkapi, dan menggunakan teori-teori yang berbeza mengikut kes. Kajian ke atas organisasi automotif nasional ini menumpu kepada organisasi dan persekitarannya yang muncul dalam sebuah masyarakat kepelbagaian sub-etnik menuju kemodenan dan implikasi ke atas pertembungan antara budaya tradisi dan moden di tempat kerja. Analisis empirikal secara eklektik menganggap bahawa pelbagai perspektif teori adalah penting untuk menjelaskan fenomena sosial yang ingin dijelaskan.
Download File
Preview |
|
Text
Eklektisme dalam memahami kepelbagaian dan etnisiti di tempat kerja.pdf
Download (5kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |