UPM Institutional Repository

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): wadah baru sosialisasi politik


Citation

Ismail, Mohd Mahadee and Mohd Noor, Mansor and Othman, Zaini (2016) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN): wadah baru sosialisasi politik. Research Journal of Social Sciences, 9 (3). pp. 28-36. ISSN 1815-9125; ESSN: 2309-9631

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai agen baru sosialisasi politik. Pelaksanaan PLKN yang berteraskan kepada konsep khidmat negara mempunyai matlamat untuk memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional, membentuk perwatakan positif, menyemarak semangat kesukarelawanan dan melahirkan generasi yang aktif serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dalam mencapai matlamat yang telah disasarkan tersebut, pendekatan multidimensi telah diaplikasi menerusi empat modul utama merangkumi modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti di samping beberapa sub-modul latihan. PLKN telah dirangka khusus sebagai suatu program yang komprehensif dalam membina jati diri golongan belia di negara ini dengan tumpuan utama diberikan kepada kumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar umur 17 tahun dan ke atas. Berdasarkan kepada pendekatan yang telah dilaksanakan menerusi PLKN, satu kajian telah dijalankan untuk mengukur keberkesanan program. Kajian ini menggunakan kerangka sosialisasi politik. Hasil kajian mendapati PLKN adalah suatu wadah baru sebagai agen sosialisasi politik yang efektif dalam memberikan pendedahan dan mendidik generasi muda di Malaysia. Pendekatan ini mungkin baru dalam konteks Malaysia tetapi telah lama digunakan di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain yang telah menjadikan programprogram belia sebagai pelengkap kepada agen-agen sosialisasi politik tradisi. Oleh itu, dalam memastikan pelaksanaan PLKN terus mencapai matlamatnya dan menjadi agen sosialisasi politik yang efektif, PLKN perlu sentiasa dikemas kini dan disesuaikan dengan transformasi sosial yang berlaku dalam masyarakat.


Download File

[img] Text
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) wadah baru sosialisasi politik.pdf

Download (83kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: American-Eurasian Network for Scientific Information
Keywords: National service; PLKN; Youth-adolescence; Political socialization
Depositing User: Ms. Ainur Aqidah Hamzah
Date Deposited: 18 Mar 2022 06:17
Last Modified: 18 Mar 2022 06:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53684
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item