UPM Institutional Repository

Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim


Citation

Manap, Jamiah and Hamzah, Azimi and Mohd Noah, Sidek and Kasan, Hasnan and Krauss, Steven Eric and Mastor, Khairul Anwar and Suandi, Turiman and Idris, Fazilah (2013) Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim. Journal of Psychology and Human Development, 1 (1). pp. 36-43. ISSN 2289-4322

Abstract

Pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah penting dalam bidang pembangunan manusia dan psikologi. Persoalannya, adakah religiositi dan personality Muslim boleh diukur? Sekiranya boleh, apakah prinsip yang perlu dipatuhi untuk memastikan alat ukuran tersebut selaras dengan ajaran Islam dan dapat mengukur atribut yang hendak diukur? Justeru, kajian dibuat untuk mengenalpasti prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim. Kajian kualitatif Grounded Theory dilaksanakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Data dikumpul melalui temubual separa berstruktur dengan enam orang pemikir Islam tersohor di Malaysia. Kajian mendapati, religiositi dan personaliti daripada perspektif Islam boleh diukur berasaskan tujuh prinsip asas. Prinsip tersebut adalah; 1) hukuman atau penilaian berasaskan perkara yang terzahir sahaja, 2) pengukuran religiositi daripada perspektif Islam boleh dibuat, namun nilaian sebenar adalah di sisi Allah, 3) asas pengukuran adalah manifestasi tiga rukun agama iaitu Iman (akidah Islam), Islam (syariat Islam) dan Ihsan (akhlak Islam), 4) Iman perlu dibuktikan dengan amalan, 5) penghayatan syariat Islam yang sempurna melahirkan akhlak yang mulia, 6) simbol yang berkaitan dengan religiositi tidak semestinya mencerminkan religiositi dan personaliti Muslim, dan 7) piawai pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah Al-Quran dan sunnah. Sehubungan itu, ianya dicadangkan agar turut dijadikan sebagai garis panduan dalam membangun, menilai dan menggunapakai alat ukuran psikologi religiosity dan personaliti Muslim merentas sempadan budaya dan negara.


Download File

[img]
Preview
Text
Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim .pdf

Download (6kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://spaj.ukm.my/ppppm/jppm/article/view/50

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Social Science Studies
Publisher: School of Psychology and Human Development, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Islamic psychology; Muslim religiosity; Muslim personality; Instrument development · Measurement Principles.
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 06 Jun 2018 06:41
Last Modified: 06 Jun 2018 06:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53592
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item