UPM Institutional Repository

Permintaan pengguna mengikut atribut-atribut rumah lestari yang dimodelkan di Malaysia


Citation

Md Jusoh, Zuroni (2016) Permintaan pengguna mengikut atribut-atribut rumah lestari yang dimodelkan di Malaysia. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 2 (3). pp. 63-73. ISSN 2462-1714

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keutamaan pengguna dan menganggar kesanggupan membayar pengguna untuk beberapa atribut utama rumah lestari. Teknik Model Pilihan (CM) telah digunakan untuk menganggar nilai ekonomi bagi atribut seperti pelepasan gas karbon dioksida (CO2), sistem tadahan air hujan, aliran (ventilasi) udara semula jadi, dan kawasan kehijauan. Seramai 600 responden dari kawasan Kajang dan Bangi, Selangor telah dipilih secara rawak dan ditemu bual berpandukan dua set soal selidik yang dibangunkan melalui sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD)dan prauji. Penganggaran nilai implisit atribut rumah lestari berasaskan regresi Multinomial Logit menunjukkan atribut kualiti aliran udara semula jadi di dalam rumah adalah yang terpenting. Seterusnya, ini diikuti oleh atribut luas kawasan hijau, pelepasan gas karbon dioksida (CO2) dan sistem tadahan air hujan. Penganggaran nilai Lebihan Terpampas (CpS) pula menunjukkan secara purata, pengguna sanggup membayar premium harga rumah sebanyak 30 peratus untuk memperoleh kesemua atribut rumah lestari yang dimodelkan.


Download File

[img]
Preview
PDF
Permintaan pengguna mengikut atribut-atribut rumah lestari yang dimodelkan di Malaysia .pdf

Download (6kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://gbse.com.my/#portfolio

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Global Business and Social Entrepreneurship Resources
Keywords: Sustainable home; Compensating surplus; Choice model
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 07 Nov 2017 02:49
Last Modified: 07 Nov 2017 02:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53540
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item