Citation
Husaini, Muhammad Haron and Zaini, Abdul Razif and Mohamad, Ab. Halim and Elias, Khairil Ashraf
(2016)
Penilaian kebolehbacaan teks Arab menerusi ujian kloz berasaskan aplikasi komputer.
Journal AL-ANWAR, 1 (1).
pp. 38-55.
ISSN 0128-0279
Abstract
Kajian kebolehbacaan bukan sahaja menjadi topik perbincangan dan diaplikasikan oleh para ilmuan dan ahli akademik barat, malah ia menjadi keperluan yang digunakan oleh para penulis buku, pustakawan dan guru-guru sekolah. Dalam konteks bahan bacaan bahasa Arab secara am dan di Malaysia khususnya tahap penggunaan teori kebolehbacaan masih kurang popular. Bagi membolehkan sesebuah teks berperanan secara optimum, aspek kebolehbacaan perlu menjadi perhatian sebelum ia dipersembahkan kepada kelompok sasaran. Ujian kloz merupakan salah satu mekanisme yang mampu memberikan kemudahan kepada penggubal dalam menentukan tahap kebolehbacaan teks dan kesesuaiannya. Kajian ini bermatlamat untuk memberi pendedahan terhadap reka bentuk pembinaan satu aplikasi komputer yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kebolehbacaan teks Arab berasaskan ujian kloz. Aplikasi ini dijangka dapat membantu pengguna dalam penyediaan ujian kloz bermula daripada proses pemilihan teks, penentuan saiz teks, penyaringan teks, pembangunan item, cadangan pilihan jawapan sehingga kepada penjanaan ujian sebagai output terakhir dalam masa yang singkat tanpa mengabaikan elemen-elemen linguistik penting.
Download File
|
Text
Penilaian kebolehbacaan teks Arab menerusi ujian kloz berasaskan aplikasi komputer.pdf
Download (76kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |