UPM Institutional Repository

Pengurusan konflik dalam cerita rakyat Nusantara abad ke-19


Citation

Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2016) Pengurusan konflik dalam cerita rakyat Nusantara abad ke-19. International Journal of the Malay World and Civilisation, 4 (2). pp. 37-43. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Konflik sentiasa bersama dan berkembang secara dinamik seiring dengan perkembangan manusia. Hal ini dapat dilihat dalam cerita rakyat yang berkembang sejak ratusan tahun yang lalu. Pelbagai pendekatan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu pergaduhan, pertelingkahan, masalah dalaman manusia dan sebagainya dapat dikesan dalam cerita-cerita yang berkembang dalam masyarakat Melayu atas kesedaran kewujudan konflik merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan oleh individu ataupun masyarakat. Apa yang menarik perhatian pengkaji, pengurusan konflik sama ada secara langsung dan tidak langsung sudah wujud dalam cerita-cerita rakyat yang dikhaskan untuk golongan kanak-kanak. Cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak sudah dikumpulkan dalam bentuk manuskrip dan buku bercetak melebihi seratus tahun yang lalu dikhaskan untuk golongan kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Kitab Pembatjaan, Soerat hikajat-hikajat jang baik laipoen bergoena di batja oleh anak-anak. (Surat hikayat-hikayat yang baik lagipun berguna di baca oleh anak-anak).. Cerita-cerita tersebut tersimpan kemas di Perpustakaan Utama di Universiti Leiden dan KITLV(Koninklij Instituut Voor de Taal-Lan-en Volkenkunde atau lebih dikenali sebagai Institut Di Raja Linguistik dan Antropologi Hindia Timur Belanda), di Belanda. Dalam kajian ini, beberapa cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak dipilih untuk meneliti pengurusan konflik yang terdapat dalam cerita. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kaedah tertentu yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi dalam pengurusan konflik.


Download File

[img]
Preview
PDF
Pengurusan konflik dalam cerita rakyat Nusantara abad ke-19.pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Conflict management; Nusantara folklores; Children
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 06 Nov 2017 02:48
Last Modified: 06 Nov 2017 02:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53510
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item