UPM Institutional Repository

Penawaran kursus bahasa Asing di universiti: meninjau pemilihannya dari perspektif nilai ekonomi


Citation

Chong, Shin and Ng, Doreen Boon Sim (2016) Penawaran kursus bahasa Asing di universiti: meninjau pemilihannya dari perspektif nilai ekonomi. International Journal of the Malay World and Civilisation, 4 (1 ). pp. 85-91. ISSN 2289-1706; ESSN: 2289-4268

Abstract

Kursus Bahasa Asing merupakan kursus elektif di universiti tempatan. Terdapat tiga kategori bahasa Asing yang ditawarkan, iaitu bahasa-bahasa Eropah (misalnya bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol dan sebagainya), bahasa di Asia Timur (terutamanya bahasa Mandarin, Korea dan Jepun) dan bahasa di Asia Tenggara (seperti bahasa Thai, Burma, Vietnam, Kemboja dan sebagainya). Di antaranya, kursus bahasa Eropah dan Asia Timur, yang dipersepsikan sebagai bahasa Tinggi (bahasa H) menjadi kursus pilihan utama para pelajar. Bahasa Asia Tenggara sebaliknya diabaikan oleh pelajar (dan juga universiti tempatan) dan dianggap sebagai bahasa Rendah (Bahasa L). Dengan kenyataan bahawa negara-negara ASEAN mengalami perkembangan ekonomi yang pesat dan kehadiran ramai penutur yang berbahasa Asia Tenggara di sekitar kita, makalah ini menegaskan tentang kelebihan menguasai bahasa-bahasa serantau daripada bahasa yang dipersepsikan berprestij seperti bahasa di Eropah atau di Asia Timur.


Download File

[img]
Preview
PDF
Penawaran kursus bahasa Asing di universiti.pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/IMAN-2016-0401-08
Publisher: Institute of the Malay World and Civilisation, Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Foreign languages; University; Economy; ASEAN countries
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 03 Nov 2017 07:05
Last Modified: 03 Nov 2017 07:05
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/IMAN-2016-0401-08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53499
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item