Citation
Yahya, Nor Yazidah and Mezah, Che Radiah and Mustapha, Nik Farhan and Othman, Mohd Sukki
(2016)
Pemilihan kosa kata dalam pembinaan modul pembelajaran asas bahasa Arab untuk pelajar warga emas.
Jurnal AL-ANWAR, 2 (2).
pp. 73-92.
ISSN 0128-0279
Abstract
Mutakhir ini pembelajaran bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang awam dewasa sehingga kepada warga emas yang terdiri dari pelbagai latarbelakang. Terdapat banyak bahan atau modul pembelajaran telah diusahakan untuk memenuhi minat yang semakin meningkat ini. Namun begitu bahan yang digunakan di dalam modul kurang mengambil kira pendekatan dan prinsip pembelajaran dewasa andragogi. Bahan yang dihasilkan di pasaran agak berat dan membataskan motivasi orang awam, terutamanya warga emas untuk mempelajari bahasa Arab.Kosa kata yang diperkenalkan kurang menepati keperluan belajar bahasa Arab warga emas. Kajian ini berusaha merekabentuk suatu modul pembelajaran asas bahasa Arab khusus untuk pelajar warga emas . Rekabentuk akan dibina berdasarkan langkah-langkah reka bentuk instruksi yang terdiri daripada lima fasa utama, iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian modul berasaskan teori dan prinsip pembelajaran dewasa Knowles. Kosa kata adalah instrumen asas bagi menyampaikan idea dan subkemahiran bahasa yang perlu diberikan perhatian dan dikuasai dengan baik oleh pelajar bahasa. Pemilihan kosa kata adalah satu aspek yang dititikberatkan dalam pembinaan modul pembelajaran bahasa. Artikel ini berusaha untuk menekankan bahawa pemilihan kosa kata yang tepat dan bersesuaian dengan psikologi warga emas akan membantu pemerolehan bahasa dalam kalangan mereka.
Download File
Preview |
|
PDF
Pemilihan kosa kata dalam pembinaan modul pembelajaran asas bahasa Arab untuk pelajar warga emas.pdf
Download (6kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |