Citation
Mohamad, Ab. Halim and Wan Sulong, Wan Muhammad
(2016)
Minat dan sikap pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia terhadap Bahasa Arab.
Journal AL-ANWAR, 1 (1).
pp. 21-37.
ISSN 0128-0279
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan antara minat dan sikap pelajar Bacelor Bahasa Arab terhadap bahasa Arab serta cuba memaparkan sikap dan usaha mereka untuk mempertingkatkan kecekapan bahasa Arab. Responden kajian ini terdiri daripada 130 orang pelajar yang mengambil pengkhususan B.A Bahasa Arab di IPTA seperti UPM, UIAM, UKM, UM dan USIM. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab, tetapi mereka tidak menunjukkan Keselarian antara sikap dan minat. Mereka kurang membaca akhbar Arab, cerpen, dan novel. Mereka juga kurang mendengar berita Arab, dan mengakses maklumat Arab melalui internet. Kajian juga mendapati bahawa responden sangat jarang menulis surat kepada pensyarah tentang sebab-sebab ketidakhadiran kuliah mereka dalam bahasa Arab. Majoriti responden juga kurang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajarArab (penutur asli).
Download File
|
Text
Minat dan sikap pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia terhadap Bahasa Arab.pdf
Download (79kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |