Citation
Abdullah, Mohd Hilmi and Mohamad, Ab Halim and Ariffin, Mohammad Sidik and Mohd. Zakaria, Zarina
(2016)
Terjemahan nama tumbuh-tumbuhan perubatan dalam kitab al-Qanun fi al-Tibb dari bahasa Arab ke bahasa Melayu: kaedah, masalah, dan penyelesaian.
Jurnal AL-ANWAR, 1 (1).
pp. 92-106.
ISSN 0128-0279
Abstract
Dalam kitab al-Qanun fi al-Tibb, Ibnu Sina telah menyenaraikan lebih 400 spesis tumbuh-tumbuhan perubatan. Sebahagian besar daripada tumbuh-tumbuhan tersebut tidak terdapat di negara-negara yang beriklim khatulistiwa seperti Malaysia.Oleh itu, nama tumbuh-tumbuhan tersebut pastinya tidak terdapat dalam bahasa Melayu,apatah lagi jika tumbuh-tumbuhan tersebut kurang terkenal. Oleh itu, kertas kerja ini akan mencadangkan beberapa kaedah yang boleh digunapakai untuk menterjemah nama tumbuh-tumbuhan perubatan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu, khususnya bagi tumbuh-tumbuhan yang masih belum mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Kertas kerja ini juga akan mengemukakan beberapa masalah yang dijangka akan dihadapi oleh penterjemah dan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstract)
Terjemahan nama tumbuh-tumbuhan perubatan dalam kitab al-Qanun fi al-Tibb dari bahasa Arab ke bahasa Melayu kaedah, masalah, dan penyelesaian.pdf
Download (5kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |