UPM Institutional Repository

Interaksi masyarakat dan alam sekitar dalam governans kelestarian


Citation

Abdul Rahman, Haliza (2016) Interaksi masyarakat dan alam sekitar dalam governans kelestarian. In: Governans Kelestarian: Kesejahteraan Alam Sekitar dan Kesihatan Masyarakat di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, pp. 1-12. ISBN 9789670924458

Abstract

Kelestarian persekitaran adalah tunjang kepada status kualiti hidup masyarakat. Masyarakat memerlukan alam sekitar untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak mereka bagi kelangsungan kehidupan manakala alam sekitar bergantung kepada masyarakat untuk menjamin kelestariannya. Namun, masyarakat perlu ‘dikawal’ dalam menjalin hubungannya dengan alam sekitar kerana alam sekitar mudah untuk dibolosi, diubah dan dieksploitasi. Gaya hidup moden dan kecanggihan teknologi telah menyebabkan hubungan manusia dengan alam sekitar terhad kepada perhubungan di antara sumber semula jadi bagi memenuhi keperluan dan ekonomi manusia sahaja. Justeru, masyarakat seluruhnya perlu memahami dan menghayati etika alam sekitar dalam usaha memandu interaksi antara manusia dengan alam sekitar. Segenap lapisan masyarakat tanpa tahap mengira pendidikan dan latar belakang mesti berusaha menghayati etika persekitaran, memperakui kuasa alam semula jadi dan merasa rendah diri dalam memahami bahawa mereka hanyalah sebahagian kecil daripada sistem alam sekitar yang indah dan penuh misteri ini.Masyarakat juga perlu dididik dan didedahkan dengan amalan dan kaedah untuk hidup secara lestari supaya pendidikan lestari menjangkau sempadan minda, dijiwai dan meresapi jiwa sehingga ianya menjadi budaya dan amalan hidup masyarakat.Diharapkan dalam jangka panjang apabila masyarakat telah mempunyai minda dan sikap lestari kelas pertama, kualiti alam sekitar di negara ini akan bertambah baik.


Download File

[img] Text
Interaksi masyarakat dan alam sekitar dalam governans kelestarian .pdf

Download (52kB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Publisher: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Community interaction; Environment interaction; Sustainability governance
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 05 Sep 2021 11:13
Last Modified: 05 Sep 2021 11:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52750
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item