UPM Institutional Repository

Governans kelestarian dan potensi tenaga diperbaharui ke arah kesejahteraan alam sekitar di Malaysia


Citation

Abdul Rahman, Haliza (2016) Governans kelestarian dan potensi tenaga diperbaharui ke arah kesejahteraan alam sekitar di Malaysia. In: Governans Kelestarian: Kesejahteraan Alam Sekitar dan Kesihatan Masyarakat di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, pp. 43-58. ISBN 9789670924458

Abstract

Malaysia sebagai salah sebuah negara yang pesat membangun menunjukkan tren permintaan yang semakin meningkat terhadap sumber tenaga. Justeru, negara telah mengorak langkah dalam usaha mengeksploitasi tenaga diperbaharui (RE) kerana Malaysia kaya dengan RE seperti biojisim, tenaga suria, angin dan juga mini hidro. Potensi RE ini adalah sangat besar, terutamanya tenaga biojisim, hidro dan solar, justeru, RE menjadi fokus utama dalam menggantikan tenaga fosil seperti petroleum kerana ianya boleh diperbaharui iaitu boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat, selamat, menjimatkan, tidak memudaratkan alam sekitar dan akan kekal selamanya walaupun penggunaannya berterusan. Menjelang tahun 2020, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan RE kepada 11 peratus berbanding sekitar 0.8 peratus pada masa kini dan sedang berusaha mencapai sasaran tersebut. Justeru, usaha berterusan sedang giat dijalankan oleh kerajaan bagi mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber RE. Antaranya memberikan pelbagai galakan dan inisiatif tambahan seperti Taraf Perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 70% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun selain pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan yang digunakan untuk projek berkenaan jika tidak dikeluarkan dalam negara. Langkah lain yang dijalankan termasuklah mengenakan caj tambahan sebanyak 1.6 peratus ke atas pengguna tenaga elektrik bagi dimasukkan ke dalam Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (TBB) bertujuan memperbanyakkan lagi kapasiti RE di negara ini. Sebagai tambahan, pengguna yang memasang sistem fotovoltaik di rumah pula akan mendapat bayaran bulanan dari Tenaga Nasionl Berhad (TNB) untuk elektrik yang dijana selama 21 tahun melalui pembayaran tarif galakan (FiT). Semua usaha tersebut diharap mampu memperluaskan lagi perkembangan pembangunan Tenaga RE sebagai sumber bahan api di negara ini.


Download File

[img] Text
Governans kelestarian dan potensi tenaga diperbaharui ke arah kesejahteraan alam sekitar di Malaysia.pdf

Download (9kB)

Additional Metadata

Item Type: Book Section
Divisions: Faculty of Medicine and Health Science
Publisher: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Notes: Renewable energy; Malaysia; Energy source
Depositing User: Azhar Abdul Rahman
Date Deposited: 05 Sep 2021 10:04
Last Modified: 05 Sep 2021 10:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52733
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item