UPM Institutional Repository

Genre perbahasan Parlimen dari sudut etnografi komunikasi


Citation

Pondo, Halimah (2014) Genre perbahasan Parlimen dari sudut etnografi komunikasi. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini mengkaji genre teks perbahasan di Parlimen berdasarkan pendekatan etnografi komunikasi. Genre teks perbahasan di Parlimen yang dikaji tertumpu pada soal jawab lisan terhadap usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Rakyat. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti genre teks perbahasan di Parlimen dari sudut etnografi komunikasi, menganalisis unsur etnografi komunikasi genre teks perbahasan di Parlimen dan menjelaskan komponen grid “Speaking” yang mempengaruhi peristiwa bahasa genre teks perbahasan Parlimen dengan menggunakan pendekatan etnografi komunikasi. Dalam kajian ini, sebanyak 64 teks perbahasan di Parlimen telah dipilih, iaitu yang meliputi isu terkini yang berlaku di tanah air. Kaedah analisis kandungan teks digunakan untuk menjelaskan peristiwa bahasa dalam perbahasan di Parlimen. Setiap ujaran dalam teks dianalisis dengan menggunakan model grid “Speaking” yang dipelopori oleh Hymes (1972) dan pandangan ahli sarjana bahasa yang lain. Komponen grid “Speaking” yang menjadi kriteria penjelasan terdiri daripada latar (S), pemeran (P), tujuan komunikasi (E), urutan lakuan (A), ragam, alat (K) / saluran komunikasi (I), norma-norma interaksi dan penafsiran (N) dan genre (G) berdasarkan pendekatan yang dikemukakan oleh Hymes (1972) dan pandangan ahli sarjana bahasa yang lain. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan etnografi komunikasi mampu diadaptasikan dalam perbahasan di Parlimen untuk melahirkan pembahas yang berintelektual dan sebagai penanda aras pertuturan pembahas. Genre teks perbahasan di Parlimen merupakan peristiwa bahasa yang sememangnya mengandungi kesemua lapan komponen grid “Speaking”. Pemeran dalam genre teks perbahasan di Parlimen terdiri daripada wakil Rakyat, iaitu pemerintah, pembangkang dan pemeran pasif. Latarnya tetap, iaitu di Dewan Rakyat Parlimen. Urutan lakuan dalam peristiwa bahasa di Parlimen didominasi dengan soal jawab yang terbentuk oleh pertuturan secara spontan. Perbahasan di Parlimen banyak diselangi oleh tindakan vokatif oleh para pemeran sama ada pemerintah atau pihak pembangkang. Ragam humor dalam genre teks perbahasan di Parlimen dapat meredakan ketegangan. Norma-norma interaksi menentukan fungsi pemeran berfikir dan berkomunikasi. Dalam kajian ini juga didapati bahawa kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pemeran dalam perbahasan di Parlimen sebahagian besarnya dapat memenuhi lapan komponen dalam grid “Speaking”.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2014 36RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Debates and debating .
Subject: Sociolinguistics
Subject: Language and culture
Call Number: FBMK 2014 36
Chairman Supervisor: Ahmad Mahmood Musanif, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 06 Jun 2017 03:24
Last Modified: 06 Jun 2017 03:24
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52497
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item