UPM Institutional Repository

MyRice: pangkalan data pengetahuan padi Malaysia


Citation

Mohd Talkah, Nurul Shakina and Mohd Salleh, Faezah and Shamsir, Mohd Shahir and Rahmat, Zaidah and Wagiran, Alina and Sarmidi, Mohamad Roji and Yusop, Mohd Rafii and Musa, Mohamed Hanafi (2014) MyRice: pangkalan data pengetahuan padi Malaysia. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 70 (6). pp. 93-97. ISSN 0127-9696; ESSN: 2180-3722

Abstract

Pada masa ini, semua maklumat mengenai penyelidikan padi di Malaysia bertaburan di penerbitan yang berbeza, depositori dan pangkalan data dengan menggunakan pelbagai format digital dan analog. Walaupun terdapat pangkalan data antarabangsa mengenai penyelidikan padi, data tersebut tidak dipautkan dengan dengan geolokasi dan maklumat arkib asas lain yang diperlukan penyelidik untuk membawa penyelidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Kami mempersembahkan MyRice, sebuah pangkalan data atas talian Malaysia untuk kegunaan penyelidik dan orang awam. Pembangunan pangkalan data ini akan membolehkan penyelidik saintifik untuk mengesan kembali maklumat penyelidikan padi dan lokasi ia ditanam. Ia dibina menggunakan saluran pendigitalan yang membolehkan pendigitalan pemprosesan berkelajuan tinggi data arkib dan dihubungkan terus dengan enjin carian penerbitan seperti Google Scholar. Fungsi utama termasuk bibliografi, pemetaan dan pemuat naik media untuk penyelidik berkongsi video dan imej. Kami percaya MyRice yang akan menyumbang kepada ekosistem pengetahuan digital di kalangan penyelidik padi tempatan untuk meningkatkan akses kepada pengetahuan dan menjadi tumpuan utama untuk memacu penyelidikan padi Malaysia ke arah sebuah negara berstatus sara diri dalam keterjaminan makanan. Pangkalan data dapat dilayari di http://biodiversity.fbb.utm.my/myrice/.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
MyRice pangkalan data pengetahuan padi Malaysia.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute of Tropical Agriculture
Publisher: Penerbit UTM Press
Keywords: Malaysian rice; Database; Crop information; Paddy; Rice
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Jun 2017 09:42
Last Modified: 06 Jun 2017 09:42
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52474
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item