UPM Institutional Repository

Pengaruh konteks sosiobudaya tempatan dalam teks pembelajaran Arab


Citation

Abd Rahman, Mohd Zuhir (2014) Pengaruh konteks sosiobudaya tempatan dalam teks pembelajaran Arab. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan ini merupakan satu kajian analisis wacana yang dilaksanakan terhadap teks pembelajaran bahasa Arab bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur pengaruh konteks sosiobudaya tempatan serta menjelaskan pertalian antara pengaruh konteks sosiobudaya tempatan dengan pembelajaran bahasa Arab di sekolah. Konteks memainkan peranan yang amat penting dalam memahami sesuatu bahasa yang dihasilkan. Penyelidikan ini menggunakan tiga kaedah utama, iaitu kaedah kepustakaan, kaedah analisis kandungan terhadap teks pembelajaran, dan kaedah lapangan yang dilaksanakan melalui soal selidik terhadap 50 orang guru di 10 buah sekolah di Negeri Sembilan. Manakala 35 orang pelajar yang dipilih sebagai responden kajian kes merupakan pelajar SMA Agama Nilai. Teori “Semiotik Sosial” dalam kerangka “Model Konteks Sosial” yang dikemukakan oleh Halliday (1978) menjadi asas pegangan dalam penyelidikan ini. Kerangka “Model Konteks Sosial” dalam penyelidikan ini telah diubah suai dengan menampilkan prinsip “bahasa Melayu” dan “budaya Malaysia” yang diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar (1991). Manakala konteks ideologi disesuaikan dengan prinsip “kesyumulan Islam” yang dikemukakan oleh al-Qaradawiy (1995). Penganalisisan unsur pengaruh konteks sosiobudaya tempatan terhadap teks pembelajaran wacana Arab dikategorikan kepada konteks situasi, bahasa, budaya, dan agama. Daripada 20 teks pembelajaran yang dianalisis, konteks situasi yang dikenal pasti adalah sebanyak 16 unsur mewakili (5.4%), konteks bahasa adalah sebanyak 225 unsur mewakili (75.5%), konteks budaya adalah sebanyak 35 unsur mewakili (11.7%), dan konteks agama adalah sebanyak 22 unsur mewakili (7.4%). Manakala analisis soal selidik pula mendapati seramai 46 orang responden, iaitu sebanyak (92%) bersetuju bahawa unsur pengaruh konteks sosiobudaya tempatan mempunyai pertalian yang rapat dengan pembelajaran wacana Arab serta mampu berperanan meningkatkan penguasaan bahasa Arab pelajar di sekolah. Sementara itu, purata responden yang menyatakan bahawa teks pembelajaran bahasa Arab yang mempunyai unsur pengaruh konteks sosiobudaya tempatan mampu merangsang minat pelajar dan menjadikan proses pembelajaran bahasa Arab lebih mudah ialah seramai 34 orang,iaitu sebanyak (97%). Kajian terhadap pengaruh konteks sosiobudaya tempatan dalam pembelajaran wacana Arab ini diharap dapat memberikan satu pendekatan baharu dalam pembelajaran bahasa Arab serta dapat memperkayakan khazanah ilmiah bahasa Arab di Malaysia.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2014 31RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Arabic language - Composition
Subject: Discourse analysis
Subject: Language and languages - Study and teaching - Social aspects
Call Number: FBMK 2014 31
Chairman Supervisor: Prof. Madya Mohd Azidan Bin Abdul Jabar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 06 Jun 2017 01:44
Last Modified: 06 Jun 2017 01:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52450
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item