UPM Institutional Repository

Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran karangan Bahasa Melayu Tingkatan empat


Citation

Misri, Salina (2014) Keberkesanan kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran karangan Bahasa Melayu Tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan kaedah koperatif terhadap pencapaian kemahiran menulis karangan bagi murid tingkatan empat. Kajian ini merupakan kajian kes dan dijalankan di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan. Kajian ini menilai keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan skor pencapaian murid dalam kemahiran menulis, skor idea yang relevan dan skor olahan karangan yang menarik. Kajian ini merupakan kajian eksperimental menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi ujian pra dan ujian pasca antara kaedah koperatif dalam meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan yang digunakan kepada Kumpulan Eksperimen dan teknik tradisional yang digunakan kepada Kumpulan Kawalan. Seterusnya pencapaian keseluruhan menulis karangan akan dibandingkan untuk mendapat perbezaan pencapaian skor melalui ujian pra dan ujian pasca. Data kajian yang dikumpul berupa pencapaian murid dalam bentuk markah skor sebelum dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS bagi mencari perbezaan min pencapaian berasaskan Ujian-t. Kajian ini dijalankan selama enam minggu yang melibatkan 60 murid tingkatan empat sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 30 murid Kumpulan Eksperimen dan 30 murid Kumpulan Kawalan yang mempunyai pencapaian dan tahap keupayaan yang sama dalam akademik dan pencapaian Bahasa Melayu semasa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Berdasarkan dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa kaedah koperatif dapatmeningkatkan skor pencapaian kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu bagi murid berpencapaian sederhana dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta meningkatkan penguasaan dalam aspek idea dan olahan.


Download File

[img] Text
FPP 2014 51.pdf - Submitted Version

Download (885kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Group work in education - Education (Secondary) - Malaysia
Subject: Malay language - Composition and exercises - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Malaysia
Call Number: FPP 2014 51
Chairman Supervisor: Roselan Bin Baki, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Apr 2017 03:51
Last Modified: 16 Oct 2024 02:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/52171
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item