Citation
Said, Rozita @ Radhiah and Jamian, Abdul Rasid and Md Sabil, Azhar
(2016)
Pengetahuan dan kefahaman skop pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan jurulatih pakar pembangunan sekolah (SISC+).
International Journal of Education and Training, 2 (2).
pp. 1-9.
ISSN 2462-2079
Abstract
Transformasi yang berlaku di seluruh dunia ekoran daripada arus globalisasi dan ledakan teknologi maklumat pada hari ini telah banyak mengubah cara manusia belajar tentang bahasa. Sehubungan dengan itu, kajian tinjauan deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah terhadap skop pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu (SISC+ BM) pada abad 21. Hal ini bertepatan dengan peranan dan fungsi jawatan SISC+ BM di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu (MBM). Para pegawai ini ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Maka tahap pengetahuan dan kefahaman skop bidang pengajaran dan pembelajaran berkaitan mata pelajaran sangat penting. Kajian ini menggunakan borang soal-selidik 55 item sebagai instrumen. Kenyataan dan pembinaan soal selidik dalam kajian ini disesuaikan untuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu dengan merujuk kepada Standard 2 (Pengetahuan dan Kefahaman) Model Standard Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Malah turut diambil kira permasalahan serta sorotan literatur Kemahiran Belajar Abad 21, KPM, PPPM. Analisis data statistik menjelaskan frekuansi berdasarkan peratusan dan min tahap pengetahuan dan pemahaman yang ditentukan oleh skala sela. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa dengan min 4.7 dan sisihan piawai .510 pemboleh ubah pengetahuan dan kefahaman skop bidang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah berada pada tahap tinggi. Kajian lanjut berkaitan pengetahuan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ini pula perlu diteruskan untuk melihat sejauhmanakah pula pelaksanaannya. Ini kerana peranan dan tanggungjawab para pegawai SISC+ elak akan menjadi semakin penting demi memartabat serta mendaulatkan Bahasa Melayu.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Pengetahuan dan kefahaman skop pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan jurulatih pakar pembangunan sekolah (SISC+).pdf
Download (39kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |