UPM Institutional Repository

Pengaruh dorongan sosial terhadap efikasi swadiri komputer dalam kalangan pelajar sekolah menengah


Citation

Mohd Ayub, Ahmad Fauzi and Wan Jaafar, Wan Marzuki (2016) Pengaruh dorongan sosial terhadap efikasi swadiri komputer dalam kalangan pelajar sekolah menengah. International Journal of Education and Training, 2 (2). pp. 1-7. ISSN 2462-2079

Abstract

Kajian ini membincangkan pengaruh dorongan sosial terhadap efikasi swadiri komputer dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian di negeri Kelantan. Seramai 413 orang pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Information Communication Technology and Literacy (ICTL) telah dipilih secara rawak. Secara keseluruhan, nilai min bagi dorongan sosial terhadap penggunaan komputer adalah 3.90 (SP = 0.36) manakala nilai min efikasi swadiri komputer adalah 3.93 (SP = 0.34). Analisis korelasi Pearson telah mengenal pasti terdapat hubungan signifikan antara dorongan keluarga (r = .28), dorongan guru dan sekolah (r = .25) dan dorongan rakan sebaya (r = .26) dengan efikasi swadiri komputer. Analisis regresi linear menunjukkan bahawa ketiga-tiga dorongan ini mempengaruhi efikasi swadiri komputer pelajar di mana dorongan keluarga merupakan faktor paling mempengaruhi di ikuti dorongan rakan dan dorongan guru dan sekolah. Kajian telah membuktikan bahawa faktor dorongan sosial amat penting bagi menjana efikasi swadiri komputer pelajar yang baik.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Pengaruh dorongan sosial terhadap efikasi swadiri komputer dalam kalangan pelajar sekolah menengah.pdf

Download (35kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Institute for Mathematical Research
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Computer self-efficacy; Social influences; Family encouragement; Peers encouragement; School and teachers encouragement
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Apr 2017 05:46
Last Modified: 03 Apr 2017 05:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51053
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item