UPM Institutional Repository

Sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam pengajaran dan pembelajaran di daerah Petaling Perdana


Citation

Mat Ali, Norlizah and Abd Rahman, Fadzilah (2016) Sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam pengajaran dan pembelajaran di daerah Petaling Perdana. International Journal of Education and Training, 2 (2). pp. 1-8. ISSN 2462-2079

Abstract

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu inovasi pendidikan dalam usaha mencorak generasi baharu yang berupaya menyelesaikan masalah dengan kreatif dan kritis. Pendekatan yang diperkenalkan oleh Howard Barrows pada tahun 1960-an ini mulai bertapak di Malaysia seawal tahun 1980-an namun terlalu kurang kajian terhadap pendekatan ini terutama terhadap guru-guru Bahasa Melayu. Berdasarkan tinjauan literatur didapati guru-guru masih selesa menggunakan pendekatan kuliah dan latih tubi bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam peperiksaan apabila sistem pendidikan masih lagi berorientasikan peperiksaan. Sedangkan terdapat banyak pendekatan aktif dan kolaboratif seperti pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah boleh dilaksanakan dan terbukti banyak kelebihannya dalam melahirkan generasi baharu yang berkualiti. Kajian ini melihat aspek sikap guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam mewujudkan pembelajaran berkesan. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif deskriptif dengan instrumen soal selidik. Sampel yang dipilih ialah guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah harian dalam Daerah Petaling Perdana, Selangor dengan penetapan sampel secara bertujuan. Perbincangan tentang sikap guru dalam kajian ini menggunakan Teori Sikap ABC Eagly dan Chaiken (1993) sebagai asas perbincangan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya guru-guru Bahasa Melayu dalam daerah Petaling Perdana ini mempunyai tahap kesediaan sikap yang positif (M=3.1162, SP= .28967) terhadap pendekatan PBM, namun jika dilihat secara mendalam aspek afektif menunjukkan tahap yang sangat positif (M= 3.5105, SP= .46857), aspek behavioral menunjukkan tahap yang positif (M= 3.3523, SP= .45415) Manakala aspek kognitif guru menunjukkan tahap kesediaan yang sangat negatif (M=3.24727, SP=.58361). Situasi ini menggambarkan masih terdapat kelemahan dari segi penerimaan guru terhadap pendekatan PBM dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini diharap dapat memberi ruang kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menilai kembali penyediaan kursus dan pendedahan kepada guru-guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan yang berkonsep penyelesaian masalah serta berpusatlkan murid dalam melahirkan generasi yang mampu berdaya saing.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Sikap guru Bahasa Melayu terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam pengajaran dan pembelajaran di daerah Petaling Perdana.pdf

Download (38kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Problem-based learning approach; The attitude of Malay language teachers; Teaching and learning
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Apr 2017 05:46
Last Modified: 03 Apr 2017 05:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51052
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item