UPM Institutional Repository

Ciri-ciri sahsiah bagi kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab menurut perspektif pihak pentadbir


Citation

Ibrahim, Siti Solehah and Abdul Manaf, Umi Kalthom (2016) Ciri-ciri sahsiah bagi kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab menurut perspektif pihak pentadbir. International Journal of Education and Training, 2 (2). pp. 1-6. ISSN 2462-2079

Abstract

Kurikulum Ulul Albab ialah kurikulum pendidikan yang berteraskan kepada tiga elemen iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Kurikulum ini telah mengubah cara penilaian pelajar yang sebelum ini hanya berpandukan kepada kemajuan akademik semata-mata. Misi utama kurikulum Ulul Albab adalah untuk membentuk sahsiah pelajar melalui pembudayaan Al-Quran. Kemajuan pendidikan pada hari ini tidak hanya berfokus kepada pencapaian akademik pelajar semata-mata, tetapi tahap sahsiah pelajar perlu diukur juga, iaitu bertepatan dengan dasar yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Antara 11 anjakan yang diperkenalkan menerusi PPPM, anjakan ketiga, iaitu melahirkan rakyat yang mampu menghayati nilai dan ini membuktikan bahawa elemen nilai merupakan salah satu aspek yang harus ditekankan ke dalam diri pelajar. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi meninjau ciri-ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh pelajar bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab menurut perspektif pihak pentadbir maktab itu sendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga ciri sahsiah yang dipersetujui oleh pentadbir; iaitu pelajar perlu memiliki minat terhadap Al-Quran, perlu agresif dan perlu proaktif. Penentuan sahsiah pelajar adalah sama penting dengan penentuan pencapaian akademik pelajar kerana sahsiah merupakan faktor dalaman yang akan menjadi pendorong kepada persekitaran belajar pelajar.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Ciri-ciri sahsiah bagi kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab menurut perspektif pihak pentadbir.pdf

Download (38kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Ulul Albab curriculum; Malaysia Education Development Plan (PPPM) 2013-2025; MJSC Ulul Albab
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Apr 2017 05:46
Last Modified: 03 Apr 2017 05:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51048
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item