Citation
Harun, Azhar and Basri, Ramli and Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah and Asimiran, Soaib
(2016)
Hubungan antara amalan kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru di sekolah menengah.
International Journal of Education and Training, 2 (2).
pp. 1-13.
ISSN 2462-2079
Abstract
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 - 2025) melalui anjakan ke-5 (Guru dan Pemimpin Sekolah) dalam gelombang ke-2 (2016 - 2020) iaitu “Memartabatkan profesion keguruan dan menganjak ke arah kepemimpinan distributif” (PPPM, 2013). Maka kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap amalan kepemimpinan distributif dan kepemimpinan guru di sekolah menengah. Seterusnya menentukan hubungan antara kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru di sekolah menengah di Pantai Timur Semenanjung Malaysia berdasarkan persepsi 400 responden dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang mengabungkan dua soal seldik iaitu Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS) oleh Bahagian Pendidikan Connecticut State (CSDE) dan Teacher Leadership School Survey (TLSS) oleh Katzenmeyer dan Moller (2001). Dapatan kajian menunjukkan seramai 341 (85.2%) orang guru menyatakan amalan kepemimpinan distributif pengetua di sekolah menengah adalah pada tahap yang tinggi. Bagi kepemimpinan guru, seramai 338 (84.5%) orang guru menyatakan amalan kepemimpinan guru di sekolah menengah adalah pada tahap yang tinggi. Seterusnya didapati bahawa kepemimpinan disributif mempunyai hubungan positif dan signifikan yang kuat dengan kepemimpinan guru (r = .855, p = .000) di sekolah menengah. Dapatan ini menunjukkan bahawa telah wujud hubungan pada tahap yang tinggi antara kepemimpinan distributif dan kepemimpinan guru selaras dengan aspirasi PPPM 2013 – 2025.
Download File
Preview |
|
PDF (Abstrak)
Hubungan antara amalan kepemimpinan distributif pengetua dan kepemimpinan guru di sekolah menengah.pdf
Download (49kB)
| Preview
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |